Leonardo Jardim: Si Pengukir Sejarah Moden Buat AS Monaco

Kebelakangan ini, penyokong bola sepak membuka topik hangat tentang prestasi pasukan AS Monaco yang cukup memukau musim ini baik di Ligue 1 dan juga UEFA Champions League.

Prestasi pasukan AS Monaco kini berada di tahap kemuncak. Tetapi tahukah anda pasukan AS Monaco kini sedang mengukir sejarah hebat?

Kegagalan lampau

AS Monaco telah ditubuhkan pada tahun 1924 di sebuah negara berdekatan dengan Perancis iaitu Monaco.

Walaupun ianya sebuah negara, AS Monaco tidak mempunyai pasukan negara kerana tidak berdaftar dibawah UEFA.

Ini menyebabkan Monaco hanya bermain di Ligue 1 Perancis dan akan mewakili Perancis di peringkat kelab antarabangsa.

Terdahulu, kejayaan AS Monaco menjuarai Ligue 1 sebanyak 7 kali telah membuatkan dunia menganggap pasukan AS Monaco adalah pesaing kepada Olympique Lyonnais dan Olympique Marseille.

Namun apa yang terjadi adalah mereka tersingkir dari Ligue 1.

Tetapi itu bukan satu perkara yang boleh memutuskan semangat AS Monaco. Mereka kembali ke Ligue 1 selepas menjuarai Ligue 2 pada 2014 hasil bantuan Claudio Ranieri.

Namun begitu, Claudio Ranieri sendiri gagal untuk membawa pasukan Monaco sebagai pasukan terbaik Ligue 1 pada masa itu.

Hal ini kerana Monaco gagal menjuarai sebarang kejuaraan pada masa itu dan tidak mendapat sebarang nama penghargaan.

Jarim si pencipta sejarah

Kemudian, Dmitry Rybolovlev selaku pemilik pasukan telah membawa masuk Leonardo Jardim sebagai pengurus pasukan.

Dengan prestasi dibawah kendalian Jardim, AS Monaco tidak pernah menghabiskan kempen liga di tangga pertengahan.

Hasil dari air tangan Jardim telah membuatkan kepercayaan AS Monaco kepada Jardim semakin kuat.

Apabila Leonardo Jardim membawa pasukannya ke saingan UEFA Champions League, aksi AS Monaco tidak pernah mengecewakan peminat mereka apabila pasukan mereka berjaya memberi saingan yang sengit kepada setiap lawan yang mereka tempuh.

Radamel Falcao atau El Tigre dibawa masuk semula oleh Jardim ke dalam skuad AS Monaco untuk menjadi penyerang gandingan bersama prospek hangat AS Monaco ketika ini iaitu Kyillian Mbbape.

Ternyata gandingan 2 pemain itu membantu AS Monaco untuk mara jauh dalam saingan UEFA Champions League.

AS Monaco berjaya menjadi juara kumpulan hasil dari taktikal Jardim. Kemudiannya, mereka diundi untuk bertarung dengan Manchester City di pusingan kalah mati.

Pada pusingan pertama, mereka tewas besar kepada pasukan kendalian Pep Guardiola dengan jaringan 5-3 dengan taktikal Jardim ketika itu dapat dihentikan oleh barisan pertahanan Manchester City.

Di aksi timbal balik, Jardim mula bermain hantaran ke far post dah hasilnya mereka dapat menewaskan pasukan Manchester City menerusi jaringan gol ditempat lawan selepas agregat terikat 6-6.

Kemenangan demi kemenangan dibawa oleh Jardim tidak kira di saingan liga atau Eropah menjadikan pasukan AS Monaco sebagai bualan hangat dunia.

Selepas itu, AS Monaco diundi untuk menentang pasukan dari Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Ramai yang menyangka Borussia Dortmund mampu menewaskan AS Monaco.

Namun sebaliknya mereka tewas 2-3 di gelanggang sendiri selepas para pemain mereka trauma dengan kejadian insiden serangan bas di hadapan stadium tempoh hari.

Akan tetapi, kemenangan itu membuktikan bahawa Monaco mampu pergi jauh ke UEFA Champions League untuk memadamkan mimpi ngeri mereka pada perlawanan akhir UEFA Champions League 2004 apabila tewas ditangan Porto.

Kehebatan AS Monaco diteruskan apabila mereka menewaskan Borussia Dortmund di laman sendiri dengan jaringan 3-1 untuk mara ke separuh akhir bertemu Juventus.

Bagi Jardim, beliau menyifatkan kemajuan pasukan AS Monaco adalah kerana para pemainnya yang disiplin dan cekap dalam permainan.

Jardim telah membuka sejarah baru lagi hebat buat AS Monaco kerana mereka belum pernah merasainya selama ini dengan menjadi pasukan pilihan juara Ligue 1 dan pasukan dark horse dalam saingan Eropah.

Dengan skuad yang sedia ada yang terdiri daripada para pemain muda yang baik serta bantuan pemain senior, tak terkejut jika AS Monaco bakal menguasai bola sepak Perancis untuk beberapa lamanya dan menjadi pencabar tetap di Eropah andai Jardim terus berada di AS Monaco.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan Sufi Zulkarnain. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: FIFA Manager: Musuh Tradisi Football Manager Yang Kini Pupus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN