Gol Mahmadou Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia

JDT VS Pahang di Larkin menyaksikan perlawanan yang cukup menarik diantara kedua-dua pasukan dalam misi ke separuh akhir Piala FA Malaysia.

JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan memerlukan kemenangan selesa dalam mengubah kedudukan agregat yang pada mulanya memihak Pahang.

Pasukan tuan rumah nyata bermula garang apabila terus melancarkan serangan bertali arus untuk mendapatkan gol awal.

Hasilnya diminit ke-6 JDT memperoleh gol apabila Gonzalo Cabrera menyudahkan bola yang diterima beliau.

Gol tersebut nyata memberikan semangat kepada JDT untuk mencari gol kedua. Hasilnya pada minit ke-22 mereka berjaya memberikan gol menerusi Gabi Guerra yang menyudahkan hantaran Azrif Nasrulhaq.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Pahang juga mempunyai peluang menerusi Joseph Kalang Tie apabila tandukan sipi beliau hanya melalui hadapan gol JDT termasuk hantaran dari Hoe Jae-Won yang menanduk baik bola tetapi ditepis Izham Tarmizi.

Syamim Yahya turut menjadi tumpuan dalam perlawanan ini. Hal ini kerana beliau sering memperoleh ‘layanan’ istimewa dari pemain-pemain JDT yang menyebabkan beliau sering kesakitan.

Separuh masa kedua bermula dengan hampir 15 ke 20 minit permainan hanya berkisar di kawasan penalti pasukan Pahang sahaja.

JDT dinafikan penalti selepas pemain mereka dijatuhkan dalam kotak penalti namun pengadil Zulkifli Ahmad tidak berminat dengan permintaan itu.

JDT nyata dominan namun mereka tidak berjaya menterjemah setiap peluang yang mereka ada untuk mencari gol ketiga.

Pahang juga sekali sekala cuba mengetuk pintu gol JDT namun begitu pertahanan JDT bermain dengan baik sekali menlenyapkan pengaruh barisan serangan Pahang di hadapan gol mereka.

Memasuki minit-minit terakhir permainan, JDT cuba memperlahankan rentak untuk mempertahankan pendahuluan mereka.

Namun begitu taktik mereka itu memakan diri apabila Mahmadou Sumareh menjaringkan gol untuk meletakkan Pahang kembali dihadapan menerusi agregat.

Sebaik selepas Pahang menjaringkan gol, situasi menjadi panas selepas Afiq Fazail dan Sumareh terlibat dalam pergaduhan.

Hasil dalam pergaduhan itu mendorong pengadil memberikan masa tambahan 6 minit.

JDT gagal mencari gol ketiga mereka untuk mengheret perlawanan ini ke masa tambahan 30 minit apabila Pahang berjaya bertahan dengan baik.

Keputusan akhir, JDT 2-1 Pahang. Pahang mara dengan agregate 4-3 dan bakal bertemu Negeri Sembilan di separuh akhir.

Kesebelasan utama

JDT: Izham Tarmizi (penjaga gol), Azrif Nasrulhaq, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Afiq Fazail, Gabi Guerra, Gonzalo Cabrerra

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Hoe Jae-Won, Afif Amiruddin, Faisal Rosli, Matthew Davies (kapten), Wan Zaharulnizam, Azam Azih, Syamim Yahya, Mahmadou Sumareh, Joseph Kalang Tie, Matheus Alves

Baca juga: FIFA Manager: Musuh Tradisi Football Manager Yang Kini Pupus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN