Pengulas Bola Sepak Itali Digantung Tugas Selepas Ulasan Tawarkan Lukaku 10 Biji Pisang

Romelu Lukaku

Seorang pengulas sukan bola sepak di Itali digantung tugas serta merta selepas ulasan berbaur perkauman yang ditujukan kepada penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku.

Pengulas TopCalcio24, Luciano Passirani terus digantung sebaik sahaja melakukan komen tersebut pada Ahad lalu – yang disiarkan secara siaran langsung.

Ketika mengulas mengenai prestasi bekas penyerang Manchester United itu di rancangan Voi Stadio, Passirani pada mulanya berkata:

“Saya tidak pernah melihat pemain di Itali seperti Lukaku…Saya benar-benar sukakan dia.

Komen pujian tersebut kemudian diikuti dengan kata-kata yang agak mengejutkan.

“Satu-satunya cara untuk menyekat beliau [Lukaku] ialah dengan menawarkan pemain itu 10 biji pisang untuk dimakan.”

Dalam perlawanan minggu-minggu sebelumnya, Lukaku menjadi sasaran penyokong Cagliari dengan sorakan berbunyi seperti monyet.

Sehingga kini, jawatankuasa disiplin Serie A masih berdiam sama ada untuk menghukum Cagliari atau tidak.

Isu perkauman di bola sepak Itali pada musim ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Gazzetta dello Sports turut melaporkan penyokong Hellas Verona turut mensasarkan pemain tengah AC Milan, Franck Kessie selepas pasukan itu tewas 1-0 kepada Milan pada Ahad lalu.

Kessie yang merupakan pemain antarabangsa Ivory Coast juga adalah mangsa cemuhan berbaur perkauman oleh penyokong Inter Milan dan Lazio pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN