Pemilikian Kelab Oleh Jutawan Timur Tengah Di Bola Sepak Inggeris

Pemilikan kelab bola sepak Inggeris oleh jutawan dari Timur Tengah tidaklah asing. Ada yang berjaya, ada yang kurang memberangsangkan.

Ada juga yang mampu meraih kejuaraan sesuatu kejohanan, dan ada juga suam-suam kuku. Namun, ada juga kelab yang sudah dijual kepada pemilik lain.

Berikut disenaraikan beberapa buah kelab yang pernah dimiliki oleh jutawan dari kawasan dimaksudkan.

Fulham

Mohamed Al Fayed, Fulham Chairman (Photo by Joe Giddens – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Kelab dari London ini pernah dimiliki oleh jutawan berasal dari Mesir bernama Mohamed al-Fayed. Beliau membeli kelab ini tahun 1997 dengan harga 6.25 juta Pound Sterling.

Impian beliau membawa Fulham beraksi di Premier League terlaksana dalam tempoh 4 tahun. Walaupun sasaran asalnya untuk beraksi di divisyen teratas itu dalam masa 5 tahun.

Bekas pemilik Harrods ini juga mempunyai kisah-kisah menarik. Antaranya beliau telah mengarahkan pembinaan tugu Michael Jackson yang dikatakan membawa tuah. Beliau juga tidak pernah mengenakan sebarang faedah untuk kelab itu meminjam wang daripadanya. Sebaliknya, pinjaman itu ditukarkan kepada ekuiti kelab pada Januari 2013.

Selain itu juga, perlawanan antara Cottagers menewaskan Juventus pada Liga Europa musim 2009-10 itulah perlawanan terbaik disaksikannya. Fulham mara ke final Liga Europa pada musim itu namun tewas kepada Atletico Madrid.

Mohamed al-Fayed ini menjual Cottagers kepada jutawan berketurunan Pakistan, Shahid Khan dengan harga anggaran 150 juta hingga 200 juta Pound Sterling. Penjualan berlaku pada musim panas 2013.

Manchester City

Kelab ini diambil alih oleh Abu Dhabi United Group pada September 2008. Sebelum ini, kelab itu dimiliki mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Pemilik kelab Manchester City, Sheikh Mansour. Sumber: Daily Mirror.

Sheikh Mansour merupakan pemilik terbaru bagi kelab sebelah biru kota Manchester ini. Beratus juta pound telah dilaburkan untuk menarik pemain masuk ke Manchester City.

Pelaburan itu berbaloi kerana mereka sudah memenangi beberapa trofi antaranya dua Liga Perdana, satu Piala FA dan dia Piala Liga. Tetapi kejayaan trofi paling diingati ialah pada musim 2011-12, apabila mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Nottingham Forest

Fauwaz al Hasawi, pengerusi Nottingham Forest pada 2012-17. Sumber: Zimbio.

Keluarga al Hasawi membeli kelab Nottingham Forest pada musim panas 2012. Setelah pemilik Nottingham Forest sebelum ini, Nigel Doughty meninggal dunia, kelab tersebut mengalami masalah kewangan.

Pada asalnya Omar al Hasawi menjadi pengerusi kelab. Kemudiannya pada tahun yang sama, sepupunya Fawaz menggantikan beliau.

Namun ramai pihak dikatakan tidak menyenangi keluarga ini. Manakan tidak, semasa era mereka mengendalikan Forest, terlalu banyak pengurus yang dibawa masuk dan dipecat. Walaupun begitu, Forest masih kekal beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan.

Sampaikan Neil Warnock sendiri menolak untuk berhijrah ke City Ground. Tetapi, kelab itu telah dijual kepada jutawan Greece pada musim panas lalu.

Hull City

Assem Allam. Sumber: Telegraph.

Anda masih ingat idea kontroversi Hull Tigers? Ya, idea ini dibawakan oleh pemilik kelab, Assem Allam. Namun idea ini langsung tidak diterima oleh penyokong mereka.

Assem Allam berasal dari Mesir yang berhijrah ke Britain pada 1960-an. Beliau membeli kelab digelar Tigers itu pada 2010 daripada Russell Bartlett.

Semasa di bawah pentadbiran Assem dan anaknya Ehab, kelab ini naik turun antara Liga Perdana dengan Liga Kejohanan. Musim ini mereka beraksi dalam saingan Liga Kejohanan.

Keluarga Allam ini dalam perancangan untuk menjual kelab namun tidak ada siapa yang berminat untuk membelinya.

Sheffield United

Putera Abdullah, pemilik bersama Sheffield United. Sumber: The Mirror.

Kelab Liga Kejuaraan ini telah dibeli 50% sahamnya pada 2013 oleh Putera Abdullah dari Arab Saudi. Sebelum ini, kelab dipanggil The Blades ini dimiliki sepenuhnya oleh Kevin McCabe.

Putera Abdullah ini dahulunya memiliki kelab Al-Hilal yang beraksi dalam saingan Liga Arab Saudi. Baginda juga merupakan pemilik Saudi Paper Manufacturing Group, sebuah syarikat pembuat tisu terbesar di Timur Tengah.

Kejayaan setakat ini ialah, The Blades telah kembali ke saingan Liga Kejuaraan setelah beberapa musim beraksi di Liga Satu. Mungkinkah The Blades akan mencabar slot ke Liga Perdana mereka.

Harus diketahui, Sheffield Wednesday juga pencabar mereka.

Bristol Rovers

Wael al Qadi, Presiden bagi Bristol Rovers.

Februari tahun lalu, keluarga al-Qadi telah mengambil alih kelab Bristol Rovers. Mereka merupakan salah satu keluarga yang dikenali di Jordan.

Mereka mengambil alih 92% pengangan saham kelab itu. Salah seorang ahli keluarga mereka, Wael al Qadi dilantik sebagai Presiden kelab.

Impiannya untuk membawa Bristol Rovers beraksi ke Liga Perdana. Musim ini, mereka beraksi dalam saingan Liga Satu.

Rumusan

Agak ramai juga pemilik kelab bola sepak dari Timur Tengah. Namun begitu, ada masanya budaya yang baik perlu dikekalkan.

Budaya pelik malah jelik harus dihindari agar tidak dikecam ramai pihak. Ia boleh memberikan kesan kepada kestabilan kelab. Tanpa kestabilan kelab, reputasi individu atau organisasi akan terjejas.

Kadang kami tertanya, kenapa mereka tidak labur secara serius dalam industri sukan di negara asal mereka. Anda ada jawapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN