Kampus Akademi Bolasepak TSAM ARMY Akan Diwujudkan

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meneruskan usaha program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan apabila menubuhkan sebuah akademi bola sepak bagi melahirkan bakat baharu.

Beliau yang pernah memimpin pasukan Kelantan sehingga membuahkan kejayaan treble dalam Liga Malaysia (Liga-M) pada 2012 itu berkata, beberapa syarikat sudah ditawarkan bagi penajaan akademi terbabit.

Terbaharu, Akademi bolasepak Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM ARMY) akan mempunyai kampus sendiri yang lengkap dengan fasiliti bagi membangunkan bola sepak Kelantan.

Bercakap kepada Berita Harian, Annuar Musa berkata pihaknya kini dalam proses mencari tapak di kawasan Ketereh, di sini, sebelum pembinaan dimulakan dan juga sedang mencari jurulatih antarabangsa dari Jepun dan pandai bertutur dalam bahasa Inggeris bagi melatih pemain muda.

“Kampus TSAM ARMY akan diwujudkan tidak lama lagi memandangkan pemain senior (17 hingga 19 tahun) tidak boleh menggunakan padang sekolah bagi sesi latihan.

“Berbanding pada masa ini, kita melatih pemain di peringkat sekolah rendah dan menengah berusia antara sembilan hingga 16 tahun yang menggunakan padang sekolah,” katanya dalam sidang media.

Semalam Majlis Pelancaran TSAM ARMY telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal, Ketereh. Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad.

Foto: FB Tan Sri Annuar Musa

Katanya, seramai 500 orang termasuk murid dan pelajar sekolah dari Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Mas dipilih yang ditempatkan di 10 pusat di lima jajahan.

“Permulaan, kita mengambil pelajar ini dahulu dan ramai lagi yang masih menunggu untuk menyertai akademi.

“Jika pelatih yang ada ini mempunyai masalah disiplin, kita akan mengambil pelatih dalam kalangan senarai menunggu,” katanya.

Annuar turut menjelaskan akademi itu bernaung di bawah KAFA dan mereka akan cuba berkerjasama demi pembangunan bola sepak Kelantan.

“KAFA adalah badan induk menguruskan aktiviti bola sepak di negeri ini dan TSAM ARMY wajib bekerjasama.

“Sebagai contoh daripada segi pelesenan jurulatih, jika KAFA ada program kejurulatihan, kita akan hantar mereka sertai program terbabit kerana mahukan jurulatih yang benar-benar layak,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN