Penghijrahan Pemain-Pemain Ini Ke Kelab Lain Begitu Dirasai Oleh Penyokong & Liverpool FC

Liverpool

Berita penghijrahan bintang Liverpool, Phillipe Coutinho ke Barcelona sudah pasti menjadi topik paling hangat buat peminat bola sepak ketika ini.

Transaksi bernilai £142 juta itu sekaligus menjadikan ianya sebagai perpindahan kedua tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia.

Berita yang sudah pasti menghadirkan kekecewaan buat penyokong setia Liverpool melihat pemain yang digelar ‘Little Magician’ itu pergi meninggalkan Anfield bagi mengembangkan kariernya ke Barcelona.

Namun itulah lumrah yang perlu diterima para penyokong kerana pemain yang mempunyai kualiti yang baik sudah pasti menjadi sasaran pasukan hebat dunia dan mereka sanggup berbelanja besar bagi merealisasikan impian mereka.

Pada artikel ini, Semuanya BOLA menyenaraikan beberapa lagi pemain Liverpool yang memberikan kesan serta membuatkan para penyokong The Reds merasai kehilangan mereka ke kelab lain selain daripada Coutinho.

1) Luis Suarez (Barcelona)

Penyerang yang terkenal dengan kontroversi ‘gigitan’ yang dilakukan terhadap Giorgio Chiellini dan Branislav Ivanovic itu telah muncul selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim 2013/14.

Beliau juga pernah dikenakan hukuman penggantungan selama 8 perlawanan selepas bertindak melakukan provokasi berbaur perkauman terhadap bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra manakala 10 perlawanan digantung akibat gigitan yang dilakukan kepada Ivanovic.

Disebalik kontroversi yang sering dilakukannya, Suarez merupakan seorang peledak yang berbisa buat Liverpool.

Ianya dibuktikan dengan 82 gol daripada 133 penampilannya bersama Liverpool sudah cukup untuk membuatkan pemergian penyerang antarabangsa Uruguay ini ke Barcelona pada Julai 2014 dirasai para peminat mereka.

Sehingga ke hari ini, Liverpool kelihatan bergelut untuk mencari penyerang yang benar-benar mampu menjadi peledak berbisa yang konsisten seperti dipamerkan Luis Suarez ketika di Anfield.

2) Xabi Alonso (Real Madrid)

Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol ini berjaya membentuk gandingan mantap di bahagian tengah bersama Steven Gerrard.

Berita mengejutkan buat para penyokong Liverpool pada tahun 2008 apabila bekas pengurus, Rafa Benitez bertindak mahu menggantikan Xabi Alonso dengan Gareth Barry dari Aston Villa.

Kerisauan penyokong akhirnya menjadi kenyataan apabila Alonso akhirnya bertindak untuk berhijrah dan memilih Real Madrid sebagai destinasi seterusnya buat beliau.

Rafa Benitez kemudiannya menamakan Alberto Aquilani sebagai pengganti Xabi Alonso.

The Reds pasti akan merindui corak permainan serta hantaran-hantaran menarik dari pemain kelahiran Sepanyol ini.

3) Fernando Torres (Chelsea)

Sebelum pemergian Suarez, Liverpool terlebih dahulu merasai kehilangan penyerang utama apabila Fernando Torres memilih untuk ke Chelsea yang menjadi perpindahan termahal liga ketika itu dengan £50 juta pada penghujung jendela perpindahan Januari 2011.

Penjualan penyerang yang mencatatkan 81 gol dalam 143 perlawanan buat Liverpool itu ke Chelsea juga membuatkan peminat mereka berang dengan berita tersebut.

Namun peminat Liverpool mungkin ‘sedikit gembira’ kerana Torres dilihat bergelut untuk mempamerkan persembahan terbaik beliau seperti di Liverpool ketika bersama Chelsea.

4) Javier Mascherano (Barcelona)

Mascherano menjadi pemain popular di Anfield dek kerana komitmen tinggi yang dipamerkannya.

Kehadiran pemain antarabangsa Argentina ini tidaklah gah seperti Xabi Alonso dan Steven Gerrard, namun kerajinan dan kegigihan yang ditunjukkan ketika beraksi menjadi senjata utama beliau.

Sudah hampir 8 tahun Mascherano meninggalkan kelab Merseyside itu, impak yang ditinggalkan beliau dilihat sangat sukar untuk digantikan mana-mana pemain di posisi yang ditinggalkan.

Javier Mascherano berhijrah ke Barcelona pada Ogos 2010.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN