Claude Puel: Riyad Mahrez Gembira Berada Di Leicester City

Pengurus Leicester City, Claude Puel menegaskan bahawa Riyad Mahrez yang kini semakin hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, masih gembira berada di Stadium King Power.

Berita mengenai minat yang ditunjukkan Liverpool bagi mendapatkan pemain antarabangsa Algeria ini semakin jelas kedengaran apabila beliau disifatkan sebagai pengganti terbaik buat Phillipe Coutinho yang berhijrah ke Barcelona.

Dengan perkembangan tersebut, Puel berharap agar dapat mengekalkan Mahrez dan Islam Slimani sehingga hujung musim ini bagi membantu skuad bimbingannya menghadapi baki saingan liga.

Puel ternyata tidak mahu kehilangan tonggak utamanya itu dan berkata:

”Saya gembira dengan beliau (Riyad Mahrez) dan saya merasakan dia gembira dengan karier bola sepaknya kini. Dia juga gembira beraksi dengan kelab ini (Leicester City),” kata Puel.

”Saya sedang mencuba untuk membangunkan permainan yang baik di padang dan dia menyukainya. Kini dia sedang menikmatinya dengan bantuan jaringan dan gol yang dihasilkan sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini.”

”Saya rasa amat penting untuk dia mengekalkan fokus dan konsentrasinya hingga hujung musim ini.”

Riyad Mahrez
LEICESTER, ENGLAND – JANUARY 01: Riyad Mahrez of Leicester City scores the opening goal during the Premier League match between Leicester City and Huddersfield Town at The King Power Stadium on January 1, 2018 in Leicester, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Pemain kelahiran Perancis yang berusia 26 tahun ini merupakan salah seorang tonggak utama ketika Leicester City mencipta kejutan menjuarai Liga Perdana Inggeris 2015/16 ketika dibawah bimbingan Claudio Ranieri.

Ketika ini, Mahrez berada di prestasi yang memberangsangkan apabila beliau telah mencipta 7 bantuan jaringan dan 7 jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Claude Puel merasakan Riyad Mahrez gembira berada di Leicester City, namun tidak mustahil juga buat beliau untuk berpindah ke Liverpool.

Sementara itu dalam perkembangan lain di Leicester, Puel turut mengharapkan pembelian termahal pasukan, Islam Slimani untuk memainkan peranan yang penting buat kelab tersebut.

”Saya gembira dengan Slimani. Kami mempunyai ramai penyerang dan pemain yang menyerang. Kami memerlukan keseimbangan untuk memberikan masa permainan buat mereka.

Slimani hanya dua kali diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam saingan liga musim ini.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN