Polisi Penggiliran Pemain Dipertikai Selepas Seri Dengan Stoke, Guardiola Beri Respon

Polisi penggiliran pemain oleh Guardiola antara yang menjadi isu yang dikritik oleh sesetengah pihak.

Manchester City sekadar seri 0-0 dengan Stoke City. Ia seakan-akan mengiyakan kata-kata Guardiola yang menyatakan, Chelsea sudah tidak mampu dikejar.

Inilah kedudukan EPL untuk 6 teratas setakat ini.

Dalam perlawanan ini, Pep Guardiola mengambil keputusan untuk merehatkan David Silva. Namun beliau tetap memiliki barisan serangan yang kuat.

Namun begitu, pasukan kendalian Mark Hughes yang terlebih dahulu mengancam kubu City pada separuh masa pertama. Ia peluang dari jarak dekat yang gagal disempurnakan.

Bekas pengendali City ini jelas gembira dengan keputusan ini selepas tewas dalam 5 daripada 6 perlawanan terakhir di tempat lawan.

Polisi penggiliran pemain Guardiola memakan diri?

Ada yang cuba mengkritik polisi penggiliran pemain oleh Guardiola. Namun pengurus ini membalas:

“Penggiliran pemain ini orang akan kata ianya bagus apabila anda mendapat keputusan yang baik, tetapi jika sebaliknya, orang yang komen tadi susah nak jumpa.”

“Mustahil untuk bermain dengan 11 pemain yang sama untuk minggu yang ada 2-3 perlawanan. Jika seminggu satu perlawanan, tiada masalah.”

“Kami ada banyak perlawanan, jadi kami harus melakukan penggiliran. Perkara ini tidak perlu dirumitkan.”

Mengulas tentang prospek untuk mengejar pasukan Chelsea. Guardiola berkata, jarak masih terlalu besar.

Buat masa ini, Manchester City hanya perlu fokus kepada perlawanan mereka yang berikutnya.

Sebagai tambahan, Willy Caballero kini telah melakukan clean sheet ke-7 musim ini. Ia sekaligus mengatasi Claudio Bravo yang hanya melakukan 6 clean sheet.

Baca juga: Verratti Dedahkan Apa Yang Pemain Barcelona Cakap Kepadanya Selepas Gol Cavani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN