Verratti Dedahkan Apa Yang Pemain Barcelona Cakap Kepadanya Selepas Gol Cavani

Barcelona telah merakamkan kemenangan paling epik dalam sejarah peringkat 16 pasukan terakhir apabila berjaya menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 sekaligus layak ke suku akhir dengan aggregat 6-5.

Ia merupakan kebangkitan yang cukup hebat selepas mereka tewas 4-0 di laman laman tempoh hari.

Kekalahan perit itu nyata memberikan kesan mendalam kepada semua pemain PSG terutamanya Marco Verratti.

“Kami dah kalah”

Verratti nyata antara pemain yang paling terkesan dengan kekalahan semalam di tangan Barcelona.

Namun kesan itu bukanlah datang selepas perlawanan, namun ketika perlawanan lagi!

Ia muncul selepas PSG berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Edison Cavani.

“Selepas jaringan menjadi 3-1 kami berjaya memperoleh sedikit ketenangan dalam perlawanan yang cukup sukar.

“Akan tetapi, ada pemain mereka datang kepada saya dan bagitahu peluang PSG dah berakhir.”

Ia ibarat isyarat kepada PSG yang 3 gol lagi akan hadir.

Verratti juga menolak kekalahan semalam adalah berpunca daripada pengadil bersikap berat sebelah.

“Kami kalah 6-1 bukan sebab pengadil, tetapi sebab kami yang tidak berjaya kalahkan mereka.”

“Saya harap kekalahan ini akan berikan pengajaran yang penting kepada kami sepasukan.”

Perlawanan yang sukar

Bsgi Thiago Silva, ia merupakan perlawanan yang cukup sukar buat PSG semalam.

“Ia merupakan perlawanan yang cukup sukar buat kami.”

“Apa saja yang kami buat semuanya tidak menjadi, sebab itulah kami tewas.”

Baca juga: Kebangkitan Terulung Dalam Sejarah UCL! Barcelona Belasah PSG 6-1 Di Camp Nou

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN