Pengendali utama Tokyo Verdy, Hiroshi Jofuku mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi semasa yang dipamerkan oleh bintang Indonesia bersama pasukannya iaitu Pratama Arhan.
Arhan menjadi antara pemain kebangsaan Indonesia yang kini berkelana di luar negara dan beliau sudah pun mewakili Tokyo Verdy dalam saingan J2 League di Jepun sejak tahun lalu.
Pratama Arhan was back in action for Tokyo Verdy, making his first appearance in the J2 league this season when he was substituted in during yesterday's match against Shimizu S-Pulse. 🇮🇩🇮🇩#J30 #JLEAGUE #ARHAN pic.twitter.com/IxddQ9LGSM
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) August 7, 2023
Walaupun begitu, nasib Arhan di luar negara tidak sebaik rakan senegaranya yang lain seperti Asnawi Mangkualam, Saddil Ramdani, dan beberapa lagi selepas kurang mendapat minit permainan bersama pasukan diwakili.
Jelas Jofuku mengenai prestasi semasa Arhan, beliau mahu pemain tersebut mengeluarkan segala potensi dimiliki seperti kekuatannya pada kaki kiri serta kekuatan tangannya dalam membuat lemparan bola.
“Sudah tentu saya ingin dia menunjukkan kelebihan dimilikinya dalam menggunakan kaki kiri serta membuat lemparan ke dalam.
“Namun, saya berfikir balik dia tidak boleh melakukan dengan lebih jauh. Tentu sahaja dia pemain bek sayap dan mempunyai kekuatan fizikal cukup baik,” jelas Jofuku menerusi Bola.com.
Sebelum itu, pengendali berpengalaman tersebut telah pun menurunkan Arhan ketika Tokyo Verdy mencatat kekalahan 0-1 di tangan Shimizu S-Pulse untuk aksi minggu ke-29 liga.
Ketika itu, Arhan diturunkan pada minit ke-80 untuk menggantikan Hidemasa Koda dan Jofuku berpendapat bintang muda Indonesia itu boleh membantu posisi serangan.
“Dia memiliki fizikal tubuh yang baik, dan saya fikir beliau mampu untuk beraksi dengan baik di bahagian hadapan pasukan.
“Tetapi, saya menganggap Arhan gagal untuk mengeluarkan segala kemampuannya yang terbaik pada perlawanan ini,” katanya lagi.
Perlawanan tersebut merupakan aksi yang cukup panjang buat Arhan untuk beraksi secara kompetitif kali ini selepas beliau dapay bermain sekitar 16 minit bersama Tokyo Verdu dalam persaingan liga.
Cuplikan 🇮🇩Pratama Arhan yang diturunkan Tokyo Verdy untuk laga J2 vs Shimizu S-Pulse.
Go, Arho!pic.twitter.com/VxNzKM8dcX
— Box2Box Football (@Box2BoxBola) August 6, 2023
Ini kerana, beliau telah pun menunggu hampir selama enam bulan untuk diberi peluang beraksi dalam saingan J2 League pada musim ini serta tidak didaftarkan.
Arhan lebih banyak diberi peluang untuk beraksi dalam saingan Emperor’s Cup musim ini dan sudah pun diberi peluang sebanyak dua kali dalam senarai kesebelasan utama.
Untuk rekod, kontrak Arhan bersama Tokyo Verdy masih lagi berbaki sehingga tahun hadapan iaitu 31 Januari 2024, dan masih tidak dapat diketahui mengenai perjalanan pemain tersebut.