Pengendali Thailand Perli Indonesia Ada Lebih Masa Rehat Berbanding Vietnam

Saingan bola sepak dalam Sukan SEA 2023 sudah pun tiba di kemuncak selepas Thailand dan Indonesia berjaya melayakkan di ke pusingan akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.

Indonesia boleh dikatakan berjaya mencuri tumpuan ramai, selepas mencipta kejutan untuk melayakkan diri ke final selepas menewaskan juara edisi lalu iaitu Vietnam menerusi keputusan 3-2.

Sementara itu Thailand pula tidak mempunyai masalah besar untuk mara ke final, setelah pasukan itu cemerlang menundukkan lawan mereka, Myanmar dengan keputusan penuh, 3-0.

Menurut pengendali Thailand, Issara Sritaro mengenai lawan mereka iaitu Indonesia yang berjaya melangkah ke final, beliau menganggap Sang Garuda mempunyai kelebihan lebih awal berbanding Vietnam.

Jelas Sritaro, tempoh masa rehat yang dimiliki Indonesia lebih lama berbanding Vietnam menyaksikan pasukan tersebut mempunyai ruang untuk tampil cergas sepenuhnya pada perlawanan separuh akhir itu.

Tambah Stitaro, dengan tempoh masa rehat lebih lama dimiliki skuad kendalian Indra Sjafri itu, ia menjadi salah satu kunci utama mengapa Indonesia berjaya mengatasi Vietnam.

“Indonesia memiliki kelebihan tempoh rehat lebih lama berbanding dua lagi wakil Kumpulan B, jadi tidak hairan jika mereka mampu untuk mengalahkan Vietnam bagi melangkah kaki ke final,” jelas Sritaro menerusi CNN Indonesia.

Tambah Sritaro, wakil Kumpulan B hanya memiliki sehari sahaja tempoh berehat seeum mengharungi aksi getir separuh akhir berbanding Indonesia dan Myanmar yang lebih lama.

Walaupun begitu, Sritaro juga tanpa berselindung turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh Indonesia sepanjang saingan Sukan SEA ini berlangsung.

Apa tidaknya, Indonesia berjaya merangkul lima kemenangan berturut-turut sejak peringkat kumpulan dan tampil dengan kualiti permainan sangat menyakinkan bagi mengatasi setiap lawan dihadapi.

“Indonesia bermain dengan sangat baik. Kami akan menganalisa corak permainan mereka dengan lebih mendalam sebelum aksi final tiba.

“Dengan tempoh masa rehat yang ada beberapa hari ini, kami menilai kekuatan semasa para pemain untuk persediaan lebih rapi bagi menghadapi Indonesia,” jelas Sritoro.

Kedua negara tersebut bakal membuat perhitungan terakhir mereka pada Selasa ini dengan masing-masing menyasarkan pingat emas untuk diraih pada aksi Sukan SEA musim 2023.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN