Pengendali Terengganu Kecewa Sri Pahang Enggan Tangguhkan Aksi Liga Super

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner tampil dengan rasa kecewa sslepas pemintaan beliau untuk menangguhkan aksi Liga Super pada 29 Oktober ini bersama Sri Pahang telah ditolak pasukan tersebut.

Apa tidaknya, Terengganu bakal berdepan jadual sangat padat selepas ini dengan aksi seterusny pasukan tersebut akan bertemu Stallions Laguna FC bagi saingan Piala AFC peringkat Kumpulan G di laman sendiri.

Selang tiga hari selepas itu, mereka perlu berkunjung ke Stadium Darul Makmur (SDM) pula untuk berhadapan Sri Pahang bagi perlawanan Liga Super 2023.

Pastinya jadual yang padat sedikit meresahkan Steinbruckner mengenai keadaan para pemain selain mahu mengelak daripada dihantui isu kecederaan supaya momentum mereka tidak terjejas.

Walaupun begitu, pengendali dari Crotia tersebut menyatakan beliau sedia menggilirkan para pemain untuk menangani isu kepadatan jadual yang melanda Terengganu.

Cuma sedikit isu menggusarkan pengendali tersebut kini ialah beliau tidak mempunyai ramai pemain yang mempunyai minit permainan cukup untuk diturunkan pada perlawanan penting kerana faktor pengalaman dan kesesuaian.

Apapun, Steinbruckner tidak mempunyai jalan cara lain untuk mengatasi masalah tersebut, selain perlu melakukan penggiliran supaya setiap pemain mendapat rehat secukupnya bagi berdepan baki perlawanan akan tiba.

“Saya tahu 11 pemain terbaik dan dua tiga pemain yang boleh dimasukkan. Kami ada banyak pemain tetapi bila bercakap mengenai kualiti, ramai di antara pemain yang bagus tetapi kebanyakannya masih kurang minit permainan untuk diturunkan.

“Kami akan bertemu Stallion Laguna FC dan Sri Pahang FC selepas itu. Kami ada meminta Sri Pahang untuk menangguhkan perlawanan itu tetapi mereka tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Saya tidak gembira dengan perkara itu tetapi saya akan meletakkan lebih banyak pemain dari bangku simpanan dalam perlawanan tersebut kerana fokus kami adalah Piala Malaysia dan selepas itu Piala AFC,” katanya menerusi Harian Metro.

Terdahulu, momentum semasa Terengganu boleh dianggap cukup baik selepas kejayaan mereka untuk tidak merekodkan sebarang kekalahan dalam saingan Piala AFC peringkat Kumpulan G selepas mengharungi dua perlawanan.

Malah, pasukan tersebut juga meneruskan rentak positif mereka dalam saingan domestik kini selepas mencatat kemenangan berharga 2-1 untuk mengatasi Kuala Lumpur City bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023.

Untuk aksi seterusnya berdepan Stallion Laguna FC dari Filipina ini, pastinya Steinbruckner mahu meneruskan kecemerlangan mereka untuk tidak merekodkan sebarang kekalahan serta memburu kemenangan kedua di pentas Asia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN