Krisis Dalaman Kedah Bakal Saksikan Amirbek Juraboev Sertai Kelab Baru Musim Depan?

Pemain import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Amirbek Juraboev antara mencuri tumpuan ketika ini selepas beliau beraksi dengan sangat cemerlang bersama Tajikistan untuk saingan Pestabola Merdeka 2023.

Apa tidaknya, pemain berusia 27 tahun itu berjaya memastikan Tajikistan untuk melakar gelaran juara Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengatasi pasukan tuan rumah, Malaysia.

Diturunkan dalam kesebelasan utama, Amirbek menjadi antara pemain paling senior ketika itu yang memimpin ramai bintang muda Tajikistan untuk berhadapan Harimau Malaya.

Beraksi di posisi tengah, kelibat pemain tersebut berjaya memastikan Malaysia tidak sewenang-wenangnya menguasai bahagian tersebut selain Amirbek seimbang membantu pertahanan serta serangan.

Daripada segi kualiti individu, beliau berjaya mengawal bola dengan cukup baik selain memiliki kemampuan melepaskan hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan.

Pendek kata, kebergantungan Tajikistan kepada Amirbek sangat tinggi ketika situasi bertahan serta cuba melancarkan serangan balas menerusi visi beliau dalam membuat hantaran.

Amirbek yang menyertai Kedah pada musim ini menjadi antara pemain yang sangat menyerlah bersama pasukan tersebut bawah kendalian Nafuzi Zain di bahagian tengah.

Bersama Moses Atede dan Manuel Ott, kekuatan Sang Kenari jelas kepada rangkaian tiga pemain tersebut yang seimbang membuka serangan serta menampilkan disiplin pertahanan sangat baik.

Sehingga kini, Amirbek sudah pun meledak lima gol secara keseluruhan bersama Kedah dalam saingan Liga Super dengan beliau jelas lebih dominan untuk membantu serangan Sang Kenari.

Malah, pemain kebangsaan Tajikistan itu menjadi antara yang sangat konsisten pada musim ini serta diharapkan mampu kekal pada tahun hadapan dalam kalangan penyokong.

Walaupun begitu, beberapa pergolakan yang kononnya sedang melanda Sang Kenari ketika ini menerusi media sosial sedikit sebanyak mampu menyaksikan kelibat Amirbek tidak lagi kelihatan pada musim hadapan.

Menerusi prestasi semasa pemain tengah tersebut, tidak hairan jika ada kelab-kelab lain kini turut mengintai peluang untuk cuba mendapatkan Amirbek bagi saingan musim hadapan.

Persediaan awal sebenarnya sudah boleh dilakukan Sang Kenari ketika ini jika mereka benar-benar ingin mengekalkan Amirbek unruk aksi musim hadapan menerusi perbincangan kontrak baharu.

Laporan sebelum itu menyatakan Kedah kini menjadi antara pasukan yang mengalami masalah tunggakan gaji dan peluang untuk para pemain lain berhijrah keluar turut kelihatan terbuka.

Adakah Faktor Gaji Jadi Punca Kedah Kini Tampil Serba ‘Lemau’?

Menjadi suatu kerugian sebenarnya jika Sang Kenari gagal untuk mengekalkan khidmat Amirbek pada musim hadapan selepas sumbangan diberikannya serta impak besar dalam corak permainan Kedah tahun ini.

Pada pandangan penyokong Kedah, adakah Amirbek akan terus kekal atau beliau akan menyarung jersi pasukan baharu musim depan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN