Selepas sebulan lebih saingan Liga 1 Indonesia terhenti disebabkan tragedi Kanjuruhan yang berlaku, ianya jelas mula memberi kesan kepada beberapa pasukan tempatan.
Antara yang terkesan ialah PSM Makassar apabila berat badan beberapa pemain mereka kini mula meningkat setelah tempoh cuti yang agak lama tanpa sebarang perlawanan.
Bek PSM Makassar Safrudin Tahar mengalami kenaikan berat badan pascalibur panjang jeda Liga 1 2022/2023. Berat badan pemain berusia 28 tahun itu naik 1 kg. https://t.co/oINQbWHZ5z
— tauberita (@tauberitamedia) November 8, 2022
Menerusi cuti selama 19 hari yang diberikan oleh pihak pengurusan, ia jelas memberi kesan negatif buat berat badan pemain pasukan tersebut sehingga menimbulkan rasa resah buat pengendali kelab, Bernardo Tavares.
Jurulatih tersebut menyatakan akan mengambil langkah terbaharu dengan menyediakan latihan khusus agar berat badan pemain kembali ideal sebelum saingan bersambung.
Sebelum itu, Bernardo sudah pun menjangkakan isu berat badan pemain yang mungkin meningkat pada tempoh cuti ini.
Disebabkan itu, beliau telah pun memberi program latihan terlebih dahulu kepada para pemain untuk dilaksanakan.
“Jelas ada pemain yang berat badannya sudah pun meningkat kini. Tetapi ia membabitkan satu hingga tiga pemain sahaja dan tidak terlalu mendadak berat mereka.
“Kami cuba untuk menaikkan lagi tahap latihan buat para pemain. Bagi yang berat badan meningkat pula, mereka akan menjalani sesi latihan berbeza,” jelas Bernardo menerusi Bola.com.
Fokus pengendali dari Portugal itu kini adalah untuk mengembalikan konsistensi prestasi semasa pasukan sama seperti sebelum saingan liga terhenti.
Dari kemarin latihan ketawa-ketawa terus, waktunya disiksa semua ini 👊#EwakoPSM #107tahunPSM #BersatuMeraihTujuan #Ber1Meraih7an pic.twitter.com/imapbhkrek
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) November 7, 2022
Tambahan pula, sebelum itu PSM berjaya menghuni kedudukan ketiga terbaik saingan Liga 1 Indonesia menerusi 10 perlawanan telah dihadapi pasukan tersebut.
Kelab itu juga masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan musim ini dengan mencapai enam kemenangan serta empat kali seri, selain hanya dibolosi enam gol.
Tambah jurulatih berusia 42 tahun itu, apa yang diharapkan beliau kini adalah aksi para pemain kembali konsisten setelah saingan liga kembali bersambung.
“Secara jujurnya, paling penting buat saya adalah apa yang mereka dapat tunjukkan kembali di atas padang.
“Saya berharap saingan liga dapat kembali bersambung dengan segera, jadi perlawanan dapat diadakan semula,” ulas beliau.
Tetap semangat untuk Indonesia 🇮🇩, pemuda-pemuda #GarudaNusantara ✊
📸 credits : @PSSI#EwakoPSM pic.twitter.com/BB0nUdubxW
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) October 28, 2022
Ketika ini saingan Liga 1 Indonesia masih lagi belum bersambung setelah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada siasatan isu Tragedi Kanjuruhan yang berlaku pada bulan lalu.