Pengendali PSM Makassar Mengamuk Kerana Pemain Tak Dibayar Gaji 3 Bulan

Pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares meluahkan rasa kecewa beliau mengenai situasi dihadapi pasukan kendaliannya kini yang tampil kurang memberansangkan berbanding berbanding beberapa musim lalu.

Malah, beliau juga turut diamuk dengan rasa marah bila mengetahui ada pemain bawah kendaliannya itu sudah hampir tiga bulan langsung tidak dibayar gaji sehingga menjejaskan permainan di atas padang.

Terdahulu, PSM terus gagal mencatat mengutip tiga mata penting apabila mereka merekodkan kekalahan terbaharu di tangan Persis menerusi keputusan 0-1 di gelanggang pasukan lawan dalan saingan Liga 1 Indonesia.

Kali terakhir PSM mengutip tiga mata penuh pada 4 Februari lalu ketika mereka menewaskan Persita menerusi jaringan besar 4-0 sebelum tampil serba tidak menyakinkan.

Jika dua tahun lalu menyaksikan PSM gah di saingan AFC sehingga mampu menyingkirkan Kedah Darul Aman (Kedah), kini pasukan tersebut juga terumbang ambing dengan isu tunggakan gaji.

Ianya diluahkan sendiri oleh Tavares yang mengakui isu gaji menjadi salah satu asbab mengapa mereka kurang konsisten dalam setiap perlawanan diharungi di pentas domestik.

Sebelum itu, PSM juga gagal untuk tampil lebih menonjol dalam saingan AFC apabila mereka sekadar terkandas di peringkat kumpulan dengan turut menjadi mangsa kepada wakil Malaysia iaitu Sabah.

Menurut Tavares, sebenarnya setiap pemain kendalian beliau jelas mempunyai keinginan besar sebelum itu untuk menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan diharungi mereka terutama sekali ketika berdepan Persis di gelanggang lawan.

Namun situasi semasa yang sangat mengharukan ketika ini dengan ada pemain langsung tidak mendapat pembayaran gaji sejak tiga bulan lalu jelas mengganggu fokus mereka di atas padang.

Ketika sesi sidang media tersebut, Tavares dilaporkan sangat marah dan kecewa akan situasi itu sehingga beliau menghempas mikrofon ke meja dan memberi kejutan buat pengamal media lain.

“Memang betul, kami ada membuat beberapa kesalahan pada perlawanan tersebut sehingga membuka ruang buat lawan untuk menghukum kami walaupun pemain kami ingin memberikan terbaik pada aksi itu.

“Kerana, ini bukan sahaja pertandingan bola sepak. Tetapi para pemain sendiri ada yang masih tidak menerima pembayaran gaji sejak dua tiga bulan lalu dan memberi kesan kepada permainan,” ulas beliau menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Tavares mengakui beliau tidak dapat banyak melakukan apa-apa buat para pemain selain terus memberi galakan motivasi ketika sesi latihan sebelum perlawanan sebenar berlangsung.

“Saya tidak boleh kata apa-apa jaminan kepada mereka selain terus memberi motivasi sahaja pada sesi latihan. Sebab itu bila kita tak mendapat gaji, maka ia sangat sukar buat mereka untuk fokus,” ujar beliau akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN