Pengendali PDRM Enggan Dabik Dada Walau Berjaya Kejutkan 3 Gergasi Liga Super

Pengendali untuk pencabar baharu Liga Super 2023, PDRM iaitu Azzmi Aziz enggan terbuai dengan kejayaan pasukan kendaliannya walaupun setakat ini mereka telah melakar kejutan untuk menewaskan beberapa pasukan gergasi dalam Malaysia.

PDRM pada awalnya merupakan antara kelan yang kurang diberi perhatian, selepas mereka melayakkan diri ke saingan Liga Super musim ini bersama Perak, Kelantan, Kelantan United, serta Kuching City.

Apa tidaknya, publisiti pasukan ini daripada segi persiapan juga tidak semeriah kelab-kelab lain selain beberapa pemain ditandatangani bukan nama besar dalam arena bola sepak tanah air.

Namun, sebaliknya pula berlaku selepas Azzmi tampil mempersiapkan pasukan kendalian beliau dengan sangat baik serta tampil dengan corak permainan sangat ampuh untuk terus bersaing dalam aksi Liga Super.

Sehingga kini, PDRM telah pun mencipta kejutan untuk menewaskan beberapa kelab gergasi Liga Super seperti Kedah Darul Aman (Kedah), Selangor, dan terbaharu Sabah.

Pada perlawanan menentang Sabah, jelas PDRM tampil dengan corak permainan begitu berdisiplin walaupun diberi tekanan hebat sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Corak permainan tersebut juga seakan sama ketika mereka menewaskan Selangor sebelum itu, dengan skuad kendalian Azzmi memanfaatkan kelemahan lawan dalam sekelip mata untuk memperoleh jaringan yang dicari.

Sebelum ini, mereka juga hanya merekodkan kekalahan tipis 0-1 sahaja kepada pendahulu Liga Super 2023 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tampil begitu menyerlah di posisi pertahanan.

Jelas Azzmi, beliau tidak mahu terus dibuai dengan kejayaan semasa selepas dilabel sebagai ‘The Giant Killer’ dengan kini mahu terus berusaha untuk memantapkan pasukan pada perlawanan akan datang.

“Disiplin mereka sangat bagus kerana dapat bertahan dari serangan lawan. Cuma saya masih berharap untuk menambah baik lagi di bahagian serangan dan berharap proses itu akan berkembang dengan lebih baik.

“Saya nak berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan pasukan Liga Super walaupun tak mudah namun saya mendapat sokongan penuh daripada mereka dan barisan pemain,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada masa sama, Azzmi juga mahu meneruskan momentum positif dipamerkan oleh PDRM untuk terus memperbaiki kedudukan semasa merwk dalam carta liga.

Pastinya kelibat pasukan tersebut akan terus mendapat perhatian khusus daripada kelab lain untuk mengelak daripada kekalahan tidak diingini pada masa akan datang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN