Pengendali Negeri Sembilan Sedia Beri Peluang Buat Pemain Tempatan Harungi Baki Liga Super

Pengendali utama Negeri Sembilan iaitu K. Devan dilaporkan sedia memberi lebih peluang buat pemain tempatan mereka selepas ini dalam baki saingan Liga Super musin 2023 akan datang.

Musim ini menjadi sesuatu yang sangat mencabar buat Devan untuk mengendalikan Negeri Sembilan berbanding tahun lalu, ekoran segalanya tampak tidak begitu menyakinkan sejak awal lagi.

Malah, pasukan tersebut juga kini sekadar berada di tangga kesembilan liga selepas sekadar mengumpul 20 mata daripada 17 perlawanan dilalui dengan perlahan.

Cabaran getir terpaksa dihadapi Devan selepas pasukan tersebut juga dilaporkan tidak akan membawa masuk mana-mana pemain import baharu pada jendel perpindahan kedua ini.

Walaupun begitu, pengendali berpengalaman tersebut tetap percaya akan barisan pemain yang ada kini mampu untuk mencipta sesuatu yang positif buat kelab nusim ini.

Ianya juga telah dibuktikan ketika aksi Negeri Sembilan menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada perlawanan lalu dengan kejayaan mereka mengikat keputusan seri 1-1 menerusi kebangkitan minit akhir.

“Kalau kita bandingkan pasukan KL City dengan kita, mereka lebih baik dan juga mereka mempunyai banyak pemain berkualiti. Jadi dapat satu mata ia satu keputusan yang cukup baik untuk kita,”

“Mungkin kualiti penyudah tiada kerana kita turun dengan banyak pemain tempatan dan kita ada peluang untuk jaringkan gol tapi tak berjaya jaringkan gol. Itulah kualiti pemain tempatan dan kita juga tidak mempunyai pemain penyerang tulen,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Devan juga mengakui ketiadaan bekas tonggak tengah iaitu Safuwan Baharudin jelas memberi kesan buat persiapan beliau untuk aksi akan datang.

Ini kerana, Safuwan secara rasminya sudah pun menamatkan kontrak beliau bersama Negeri Sembilan dengan lebih awal untuk kembali menyarung jersi Selangor.

Selain kehilangan Safuwan, ketiadaan beberapa lagi pemain akibat mengalami kecederaan juga menganggu persiapan Devan untuk mendapatkan pengganti, selepas pengurusan Negeri Sembilan menyatakan tiada muka-muka baharu akan ditandatangani pada jendela kedua perpindahan.

“Yang itu saya tidak dapat berbuat apa-apa sebab pihak pengurusan sudah buat keputusan tiada pemain import dan pemain tempatan baru untuk musim ini,” katanya lagi.

Untuk aksi seterusnya, Negeri Sembilan bakal melalui cabaran getir untuk berdepan Terengganu dalam misi untuk mengelak daripada keciciran sebarang mata pada perlawanan akan datang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN