Ong Kim Swee: “Baddrol Pemimpin Yang Baik Dalam & Luar Padang”

Datuk Ong Kim Swee yang merupakan pengendali utama Sabah antara individu yang terkesan selepas bekas pemainnya, Baddrol Bakhtiar sah tidak akan lagi bersama mereka musim ini.

Sebelum itu, Baddrol secara rasminya telah pun mengumumkan tidak akan lagi bersama Sabah musim ini dan perkhabaran masa depannya masih lagi menjadi teka teki.

Ura-ura ketika ini menyatakan Baddrol tidak akan lagi terlibat dalam dunia bola sepak profesional dengan bakal menyertai cabang politik pada masa akan datang.

Antara yang dinyatakan menerusi media sosial, Baddrol dijangka bakal menyertai Pilihanraya Negeri di Kedah tidak lama lagi untuk menjadi calon Perikatan Nasional bagi kawasan Gurun.

Namun, pemain tersebut masih belum menyatakannya secara rasmi dan ia masih dianggap misteri mengenai hala tuju Baddrol selepas ini untuk kekal beraksi selaku pemain bola sepak atau tidak.

Jelas Kim Swee, beliau menghormati segala keputusan yang dibuat oleh bekas pemain tengah kebangsaan tersebut selepas Baddrol telah pun menabur bakti bersama Sabah selama hampir dua musim.

Tambah pengendali berpengalaman itu, keputusan yang dibuat Baddrol itu bukannya sesuatu yang mudah demi masa depan beliau sendiri dan menghormatinya selaku bekas pengendali.

“Bukan mudah untuk Baddrol memilih untuk bersara namun apa yang Baddrol lakukan adalah demi kepentingan masa depan beliau, jadi kita harus menghormatinya.

“Seperti mana yang kita tahu, Baddrol bukan saja seorang pemain yang baik dalam padang tetapi juga seorang pemimpin yang cukup baik di luar padang.

“Jadi, kita pasti akan kehilangan seseorang terutama dalam ‘dressing room’ di mana beliau memainkan peranan yang cukup penting untuk pasukan Sabah,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Seusai perlawanan menentang Sri Pahang, suasana di tepi padang sedikit emosi dengan para pemain Sabah saling berpelukan dengan bekas kapten mereka sebagai salam perpisahan terakhir.

Pastinya kemenangan tersebut menjadi suatu hadiah bermakna buat Baddrol yang diketahui merupakan salah satu ikon bola sepak negara yang akan dikenang sepanjang zaman dalam kalangan penyokong tempatan.

TERKINI: Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah, Kembali Semula Ke Kedah

Selepas meninggalkan Kedah Darul Aman (Kedah), Baddrol tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan diri beliau masih relevan bersama pasukan tersebut menerusi sumbangannya kepada posisi serangan Sabah.

Ketiadaan Baddrol selepas ini di atas padang pastinya akan dirasai para pemain, kejurulatihan, serta para penyokong Sabah dan akan dikenang sebagai salah seorang pemain berkualiti pernah beraksi di sana.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN