Pengendali Jeonnam Dragons Beri Kritikan Tentang Kualiti Permainan Asnawi Mangkualam

Pengendali utama Jeonnam Dragons, iaitu Lee Jang-kwan jelas kurang berpuas hati dengan prestasi ditampilkan oleh pemain beliau iaitu Asnawi Mangkualam dan mahu pertahanan tersebut tampil lebih matang.

Terdahulu, Asnawi menyertai pasukan tersebut yang beraksi di pentas K2 League di Korea Selatan sejak musim 2021 selepas beliau ditandatangani Ansan Greeners.

Sepanjang dalam saingan K2 League, Asnawi boleh dikatakan berjaya mempamerkan kualiti tersendiri untuk bersaing bersama para pemain dari Korea Selatan sehingga mampu untuk merebut kesebelasan utama.

Untuk musim ini, Asnawi sekali lagi menjadi pilihan untuk diturunkan selaku pemain utama Jeonnam Dragons, namun beberapa kali tindakan sia-sia beliau menyaksikan pengendali pasukan itu tampil memberi sedikit teguran.

Pertahanan Indonesia itu telah pun beraksi sebanyak 27 kali pada musim ini bersama pasukan tersebut dengan salah satu perlawanan bagi saingan FA Cup.

Terbaharu, Jeonnam Dragons mencatat kekalahan besar 1-4 di tangan Bucheon 1995 untuk aksi liga ke-36 ketika perlawanan berlangsung di gelanggang pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan tersebut, Asnawi sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi punca kepada salah satu gol pasukan lawan selepas beliau memberi peluang sepakan penalti kepada Bucheon 1995 kerana membuat kekasaran tidak sepatutnya.

“Selaku jurulatih utama pasukan, ada banyak situasi yang perlu saya pertimbangkan mengenai perlawanan tersebut, namun ada seketika ia membuatkan saya sedikit merasa hampa.

“Adalah lebih baik jika Asnawi mampu untuk menjadi lebih matang apatah lagi beliau mewakili Indonesia.

“Asnawi menghadapi pelbagai situasi pada musim ini termasuk diberi layangan kad merah, tetapi saya anggap ianya merupakan suatu proses kepada dirinya.

“Walaupun masih mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki diri, tanpa ragu-ragu Asnawi merupakan pemain yang sangat berkualiti,” kata Jang-kwan menerusi Bola.com.

Untuk rekod, pertahanan kental itu sudah pun mengumpul lima kad kuning musim ini dalam saingan tersebut bersama satu layangan kad merah.

Kontrak Asnawi bersama Jeonnam Dragons juga bakal berakhir pada tahun ini, dengan berkemungkinan besar khidmat beliau akan terus bersambung untuk saingan musim hadapan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN