Kelincahan Arif Aiman Ditagih Untuk Cipta Kejutan Atasi Kawasaki Frontale

Kelibat pemain serangan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi antara yang dijangka bakal mencuri tumpuan untuk perlawanan hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang Kawasaki Frontale.

JDT bakal meneruskan aksi kelima mereka dalam saingan AFC Champions League (ACL) bagi peringkat Kumpulan I hari ini menentang jaguh dari Jepun itu dalam usaha mereka untuk cuba melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Untuk saingan musim ini, JDT dilihat tampil serba seimbang dan berjaya memberi persaingan cukup baik untuk merekodkan dua kemenangan serta dua kekalahan di peringkat kumpulan.

Ulsan Hyundai dan BG Pathum sebelum ini sudah pun menjadi mangsa skuad kendalian Esteban Solari, dan kini pasukan tersebut cuba menyasarkan Kawasaki Frontale untuk mencipta kejutan.

Untuk rekod perlawanan lalu, JDT hanya mencatat kekalahan tipis di tangan pasukan tersebut menerusi keputusan 0-1 ketika aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Hadir dengan status pemain utama mereka yang bebas daripada kecederaan, beberapa nama pemain JDT dianggap mampu mencipta kejutan untuk mengatasi tuan rumah.

Arif Aiman Hanapi

Penyerang muda ini seperti diketahui menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah sejak beberapa musim dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi impak beliau bersama JDT.

Namun, persembahan ditampilkan beliau kini di pentas ACL turut menyaksikan beberapa pemerhati bola sepak antarabangsa tertarik akan kelibat pemain tersebut.

Untuk aksi pertama ketika menentang Kawasaki Frontale, kelincahan Arif jelas memainkan peranan sangat penting dan berjaya beberapa ketika untuk mengatasi pertahanan lawan.

Aksi seterusnya ini bakal menyaksikan Arif menjadi pemain paling mencuri tumpuan kerana pertahanan lawan sudah tentu menyedari bahaya mampu diterjemahkan pemain tersebut di atas padang.

Bergson da Silva

Penyerang import berbisa JDT ini sudah pun membuktikan keupayaan beliau di pentas ACL sejak musim lalu bersama pasukan tersebut menerusi ketajaman dimiliki beliau.

Untuk musim ini, Bergson sudah pun meledak dua gol di pentas ACL ketika mereka berdepan BG Pathum serta Ulsan Hyundai, dan sudah tentu penyerang dari Brazil ini mempunyai sasaran tersendiri untuk menembusi gawang Kawasaki Frontale.

Menerusi ketajaman serta impak semasa dimiliki Bergson, tidak mustahil buat penyerang dari Brazil ini untuk mencipta sesuatu pada perlawanan seterusnya itu.

Nathaniel Shio Hong Wan

Pemain tengah muda ini memainkan peranan cukup penting bersama JDT musim ini khususnya untuk menyerap tekanan serta mengkucar kacirkan penguasaan lawan.

Hong Wan juga memiliki keupayaan cukup tinggi untuk mengawal tempo permainan serta tenang membuat hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan.

Gandingan pemain tersebut bersama Afiq Fazail juga dianggap kini cukup berpengaruh dan mampu mencetuskan siri serangan berkualiti kepada rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN