Shin Tae-yong selaku pengendali skuad kebangsaan Indonesia jelas sangat gembira dengan perkembangan karier-karier pemain yang beraksi di luar negara setakat ini.
Namun, beliau juga menegaskan agar mereka terus meningkat prestasi untuk tampil lebih berkualiti ketika bersama skuad kebangsaan nanti agar sesuatu positif dapat diberikan.
Memantau dari pinggir lapangan! ⛳️#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/fEgSptJQoG
— PSSI (@PSSI) August 26, 2022
“Ini sesuatu yang sangat positif untuk pasukan kebangsaan, tetapi mereka juga perlu menunjukkan aksi lebih baik lagi berbanding sekarang.
“Sikap sentiasa berpuas hati perlu disingkirkan agar mereka boleh berkembang dengan lebih jauh dan dapat menaikkan kembali mutu bola sepak Indonesia,” jelas Tae-yong menerusi Bola.com.
Setakat ini, sudah ada enam pemain Indonesia yang berkelana di luar negara untuk mengembangkan karier mereka dengan lebih baik dan itu merupakan suatu petanda yang bagus untuk skuad negara Indonesia.
Pemain-pemain tersebut ialah Saddil Ramdani (Sabah), Pratama Arhan (Tokyo Verdy), Asnawi Mangkualam (Ansan Greeners FC), Witan Sulaeman (AS Trencin), Egy Maulana Vikri (Zlate Moravce), serta Elkan Baggot (Gillingham FC).
Kebanyakan pemain tersebut kini merupakan tonggak utama buat pasukan masing-masing, dan Tae-yong melihat perkara tersebut sebagai suatu yang sangat positif untuk pasukan negara.
Bagi dua pemain pertahanan Indonesia setakat ini iaitu Asnawi Mangkualam dan Elkan Baggot, mereka berjaya menempatkan diri dengan baik bersama pasukan diwakili menerusi prestasi positif dipamerkan.
Asnawi Mangkualam registered his second goal for Ansan Greeners in the K-League 2 against 2022 AFC Champions League contestant, Jeonnam Dragons. pic.twitter.com/371a5HrjLf
— footballIndonesia (@footballinanews) August 1, 2022
Asnawi setakat ini sudah pun beraksi sebanyak 13 kali selaku kesebelasan utama dengan mencatat dua gol serta satu bantuan jaringan untuk mengukuhkan posisi beliau bersama Ansan Greeners FC.
Elkan Baggot juga tidak kurang hebat apabila pemain ini sudah pun bermain sebanyak lapan perlawanan bersama Gillingham FC selaku status pinjaman dan berjaya memberi impak positif bersama kelab tersebut.
Di Slovakia, kedua pemain serangan Indonesia iaitu Egy Maulana dan Witan Sulaeman juga berjaya memberi impak positif bersama pasukan masing-masing setakat ini.
Egy setakat ini sudah pun beraksi sebanyak tiga perlawanan bersama FC Moravce dan pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menyumbang satu bantuan gol untuk terus mencuri hati para kejurulatihan kelab tersebut.
Pada masa sama, Witan juga berjaya memberi sesuatu yang menarik bersama AS Trencin dengan tiga penampilan beliau setakat ini, pemain tersebut tidak bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan cepat.
Pemain import Sabah, Saddil Ramdani kini boleh dianggap sebagai salah seorang pemain paling konsisten bersama kelab tersebut menerusi aksi lincahnya dalam setiap perlawanan.
10/10 goal by Saddil Ramdani for his club, Sabah FC. Magnificent.pic.twitter.com/jyVSaQ4TkN
— footballIndonesia (@footballinanews) May 13, 2022
12 penampilan beliau bersama Sabah ketika ini, Saddil berjaya membantu kelab tersebut di bahagian serangan menerusi dua jaringan terhasil serta satu sumbangan gol.
Cuma nasib Pratama Arhan dilihat sedikit tenggelam ketika ini bersama Tokyo Verdy apabila beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan.
Musim ini, secara keseluruhan Pratama hanya beraksi sebanyak 45 minit serta sukar untuk mendapatkan tempat sebagai pemain utama pasukan.