Pengendali Indonesia Kecewa Proses Pendaftaran 3 Pemain Warisan Baharu Dianggap ‘Lembab’

Menjelang saingan Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi, Indonesia tampil dengan persiapan yang sangat baik bawah kendalian Shin Tae-yong.

Walaupun begitu, beberapa masalah tetap dihadapi oleh pengendali dari Korea Selatan itu, terutama mengenai barisan para pemain yang masih lagi belum sempurna untuk membawa cabaran ke Piala Dunia.

Selaku jurulatih Indonesia bawah 20 (B-20), Shin pastinya inginkan yang terbaik dalam barisan pemainnya agar mereka mampu untuk mengikuti segala arahan taktikal serta memahami kehendaknya di atas padang.

Terkini, Shin menggesa agar proses pendaftaran tiga pemain warisan baharu Indonesia supaya cepat diluluskan supaya mereka mampu untuk tampil memperkuatkan pasukan.

Shin jelas kecewa dengan proses tersebut yang memakan masa terlalu lama dan telah pun meminta Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo supaya membantu beliau mengenai hal tersebut.

Indonesia sebelum ini dilaporkan sudah pun memperkenalkan tiga pemain warisan mereka yang kini sudah pun berada dalam proses untuk didaftarkan sebagai warganegara.

Tiga pemain tersebut ialah Ivan Jenner, Rafael Struick, serta Justin Hubner yang masing-masing masih lagi muda dan diperlukan untuk saingan Piala Duni B-20 nanti.

Sehingga kini, proses pendaftaran ketiga pemain tersebut masih lagi belum selesai dan ianya merunsingkan Shin kerana saingan besar itu akan berlangsung kurang daripada tiga bulan sahaja.

“Proses pendaftaran untuk skuad kebangsaan Indonesia sedikit lambat kini, disebabkan itu saya meminta bantuan daripada Jokowi untuk memudahkannya,” jelas Shin menerusi Bola.com.

Pengendali berpengalaman itu juga menegaskan tiga pemain tersebut diperlukan dalam kadar segera supaya beliau boleh membentuk pasukan yang baik pada saingan Piala Dunia nanti.

“Ketiga pemain tersebut perlu cepat menyertai kami dalam sesi latihan untuk saya terus membentuk pasukan yang baik sebelum saingan tersebut bermula.

“Setakat ini masa dilihat semakin suntuk untuk kami terus mempersiapkan barisan pemain yang baik bagi membawa cabaran tersebut.

“Saya juga berharap agar pihak media juga mampu memberi perhatian kepada kami mengenai isu tersebut, supaya proses yang berlaku ketika ini mampu berjalan dengan lebih pantas,” tambah Shin.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN