Hampir Miliki Newcastle United, Kini Taikun Besar Dubai Sah Jadi Penaja Utama Kedah

Kedah Darul Aman (Kedah) tampil dengan persiapan yang sangat hebat musim ini daripada segi para pemain, sehingga membawa ke arah penajaan mereka untuk memberi dimensi baharu dalam dunia bola sepak tempatan.

Terbaharu, Kedah secara rasminya telah pun mengumumkan penaja utama mereka dengan ada suatu kelainan kali ini, selepas diperkuatkan dana oleh taikun luar negara.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Kedah berjaya mendapatkan penaja utama mereka buat julung kalinya daripada syarikat luar negara yang berpangkalan di Dubai iaitu Bin Zayed International LLC.

Ianya merupakan suatu kejutan buat para penyokong Kedah sebenarnya kerana mereka sendiri tidak menyangkakan usaha Dr. Daud berjaya menarik penaja yang sangat kukuh nama mereka di pentas antarabangsa.

Menurut info, Zayed International merupakan syarikat yang dimiliki hartawan dari Dubai iaitu Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan dan pernah dikaitkan bersama beberapa pasukan besar dalam dunia bola sepak Eropah menerusi pemilikan.

Seperti sepupunya yang kini menjadi pemilik Manchester City iaitu Sheikh Mansour, beliau juga sebenarnya hampir menjadi pemilik kelab besar di English Premier League (EPL) suatu ketika.

Dua kelab yang dikaitkan bersama beliau suatu ketika ialah Liverpool serta Newcastle United, selain pasukan yang beraksi di saingan EFL League One iaitu Derby County.

Pada tahun 2018, Sheikh Zayed telah pun membuat bidaan sebanyak £2 bilion untuk cuba mendapatkan Liverpool namun usaha tersebut tidak berhasil.

Walaupun tidak menjadi pemilik Kedah, namun sebagai penaja utama pastinya ia memberi faedah yang sangat besar buat pasukan tersebut pada musim ini dari segi dana kewangan.

Selain mengumumkan penaja utama musim ini, majlis tersebut juga sebenarnya turut memperkenalkan jersi baharu Kedah dan sudah pun mula dijual secara rasmi semalam kepada para penyokong.

Tiga jersi penjaga gol bersama dua jenis dipakai para pemain iaitu ‘home’ dan ‘away’ secara rasminya telah pun diperkenalkan dan berjaya mendapat reaksi positif dalam kalangan penyokong.

Dengan nama penaja iatu Zayed International dipaparkan di hadapan dengan sangat gah, ada sentuhan ala-ala luar negara yang menjadikan jersi tersebut berbeza berbanding tahun-tahun sebelum itu.

Setelah pasukan tersebut sah dimiliki oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Kedah dilihat membuat rombakan secara besar-besaran untuk tampil dengan perubahan baharu yang dapat dilihat pada penghujung tahun lalu.

Menerusi kejurulatihan baharu dibawa pasukan tersebut serta menandatangani para pemain yang mempunyai nama besar, Kedah juga buat pertama kali telah berlepas ke Eropah untuk jelajah pramusim mereka.

Jelas Dr. Daud juga, apa yang diharapkan beliau ketika ini ialah sokongan padu yang mampu diberikan oleh para penyokong kepada pasukan.

Beliau juga menyatakan secara perlahan-lahan Kedah juga bakal mempunyai aset penting selepas ini seperti kelab-kelab besar yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN