EPL: Arsenal Kembali Mengaum

Arsenal EPL

Dua gol pada masa kecederaan mengakhiri nasib malang Arsenal di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mencatat kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa.

Tiga mata penuh yang diraih di Villa Park tersebut kembali meletakkan Arsenal di persada liga dengan 54 mata, mengatasi pencabar terdekat Manchester City yang beraksi lebih lewat.

Arsenal ketinggalan seawal minit kelima menerusi jaringan Ollie Watkins yang menyudahkan hantaran Matty Cash, namun kembali menyamakan kedudukan 11 minit kemudian hasil jaringan roket Bukayo Saka.

Aston Villa kembali di depan pada minit ke-31 selepas gerakan menarik dan hantaran Emiliano Buendia dari sebelah kiri berjaya disudahkan oleh Philippe Coutinho.

Martin Odegaard kemudian muncu arkitek untuk merencanakan gol penyamaan Arsenal apabila hantarannya kepada Oleksandr Zinchenko diterjemahkan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, pemain gantian Jorginho mengejutkan pasukan tuan rumah dan percubaan dari luar kotak penalti yang mengenai palang gol sebelum bola terbias pada belakang penjaga gol Emiliano Martinez dan masuk ke dalam gawang.

Gol keempat Arsenal terhasil dari serangan balas pantas di mana Martinez telah naik ketika sepakan penjuru. Larian Fabio Vieira disudahkan dengan sempurna oleh Gabriel Martinelli.

Berita lanjut menyusul…

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN