Pengendali Indonesia Anggap Aksi Bertemu Argentina Sangat Berbaloi

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menjadi antara individu yang paling gembira ketika ini selepas skuad kendaliannya bakal menjalani dua aksi persahabatan dianggap mempunyai kualiti tersendiri.

Sejarah bola sepak Indonesia bakal terlakar, selepas Sang Garuda secara rasminya akan berdepan juara Piala Dunia musim lalu iaitu Argentina untuk aksi persahabatan tier 1.

Menjadi satu-satunya wakil negara dari Asia Tenggara untuk berdepan Argentina, ianya boleh dianggap sebagai suatu kebanggaan buat mereka untuk terus menaikkan lagi nama negara mereka di pentas antarabangsa.

Jelas Shin, beliau mengakui sangat gembira selepas Indonesia mengesahkan bakal beraksi dalam dua aksi persahabatan seterusnya ini menentang Palestin serta Argentina.

Sang Garuda bakal membuat perhitungan awal terlebih dahulu menentang Palestin pada 15 Jun depan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebelum berdepan Argentina lima hari selepas itu.

“Sudah pasti saya sangat gembira mendapat dua lawan yang sangat berbaloi untuk aksi persahabatan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Dua perlawanan ini sangat penting kerana ingin mengukur kekuatan semasa Indonesia. Palestin merupakan pasukan yang sangat hebat. Apatah lagi Argentina, ada ramai pemain bintang serta berstatus juara dunia,” jelas Shin menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Shin juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir atas usaha yang dilakukan.

Ini kerana, Erick berperanan penting untuk mengundang Argentina beraksi di Indonesia pada siri perlawanan persahabatan akan datang sebelum itu.

“Sudah tentu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Erick kerana dapat menjemput Argentina untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bersama Indonesia. Sangat luar biasa,” puji pengendali dari Korea Selatan itu.

Kem latihan pusat mereka akan bermula pada 5 Jun ini dengan para pemain Indonesia sudah berada dalam senarai diletakkan oleh Shin untuk dua aksi persahabatan itu.

Sebelum hadir ke Indonesia, Argentina akan tiba di China terlebih dahulu untuk menjalani aksi persahabatan pertama mereka di Asia menentang Australia.

Dijangka nama-nama besar seperti Emiliano Martinez, Lionel Messi, Lisandro Martinez, serta beberapa lagi pemain akan turut menyertai aksi persahabatan ini di Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN