Pengendali Indonesia Akui Jepun Sebagai Pasukan Serba Lengkap

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengakui Jepun kini sebagai pasukan paling serba lengkap daripada segi kekuatan mereka di segenap aspek untuk saingan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Ditempatkan dalam Kumpulan D, Indonesia bakal menghadapi cabaran Jepun selain membuat perhitungan bersama Vietnam serta Iraq.

Indonesia yang serius mahu menghadapi saingan Piala Asia kali ini telah pun menjalani kem latihan pusat secara intensif di Turkiye selain menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Untuk aksi pembukaan Piala Asia 2023, Indonesia bakal menghadapi Iraq terlebih dahulu yang turut menampilkan barisan pemain terbaik mereka di segenap posisi.

Selepas itu, Sang Garuda bakal membuat perhitungan seterusnya bertemu Vietnam sebelum menentang Jepun pada aksi terakhir pada peringkat kumpulan.

Untuk saingan ini juga, Shin telah menyenaraikan barisan pemain terbaik mereka seperti Jordi Amat, Saddil Ramdani, Justin Hubner, dan lain-lain lagi.

Walaupun begitu pengendali dari Korea Selatan itu turut mengakui lawan mereka di peringkat kumpulan iaitu Jepun sebagai pasukan paling lengkap untuk muncul selaku calon juara.

“Ketika ini, harus diakui Jepun sebagai sebuah pasukan yang sangat bagus di Asia. Mereka jelas memiliki keseimbangan cukup sempurna di posisi pertahanan serta serangan untuk memberi kesukaran buat pasukan lawan,” jelas pengendali tersebut menerusi perkongsian dibuat oleh Bola.com.

Jika dilihat pada perjalanan semasa Jepun, skuad kendalian Hajime Moriyasu bukan lagi menjadi kuasa besar Asia sebaliknya mereka sudah memberi rasa gerun di pentas dunia.

Malah ianya sudah dibuktikan ketika mereka menewaskan Jerman serta Sepanyol di pentas Piala Dunia musim lalu bersama aksi cukup menyakinkan.

Malah, aksi persahabatan terbaharu menyaksikan suatu kejutan berlaku apabila Jepun berjaya menewaskan Jerman menerusi kemenangan besar 4-1.

Untuk saingan kali ini, Moriyasu tampil dengan barisan pemain yang sangat baik dengan hampir keseluruhan daripada mereka beraksi di pentas Eropah dan tampil dengan prestasi cukup baik.

Endo Wataru, Takumi Minamino, Ritsu Doan, Takehiro Tomiyasu, serta Kaoru Mitoma antara pemain tumpuan mereka yang akan bersaing dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN