Perancang Tengah Dari Penang Bakal Sertai Sri Pahang Musim Depan?

Bekas perancang tengah Penang, Asnan Ahmad dilaporkan tidak lagi akan bersama Penang untuk saingan musim hadapan, dengan pemain tersebut dilaporkan bakal menyertai Sri Pahang.

Perkara itu dilaporkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi di media sosial X beliau dengan menyatakan Asnan sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya tahun lalu, Penang.

“Tonggak tengah, Asnan Ahmad atau Cikgu Nan ucap selamat tinggal kepada Penang FC selepas semusim berbakti bersama Harimau Kumbang.

“Difahamkan, Sri Pahang FC bakal jadi destinasi seterusnya buat pemain kelahiran Pendang, Kedah itu,” jelas Fadhirul mengenai situasi Asnan untuk saingan hadapan.

Musim lalu menyaksikan Asnan telah pun beraksi sebanyak 23 perlawanan secara keseluruhan bersama Penang dengan pemain tersebut hanya mencipta satu bantuan jaringan.

Beraksi di posisi tengah bertahan, Asnan memiliki keupayaan cukup baik untuk menghentikan momentum pergerakan lawan dengan begitu cepat serta bijak mengawal tempo permainan.

Suatu perkara yang menarik tentang pemain berusia 30 tahun ini, beliau memiliki kemampuan tinggi untuk membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan serta mampu mencipta persefahaman pantas bersama rakan sepasukan lain.

Kualiti dimiliki Asnan itu sebenarnya dianggap cukup penting buat Sri Pahang yang menjadi antara pasukan memiliki kelemahan ketara daripada segi penguasaan bola di tengah.

Pasukan tersebut jelas terlalu bergantung harap kepada Azam Azih untuk menggerakan segalanya dan tampil tidak konsisten jika pemain tersebut tidak dapat beraksi.

Kehadiran Asnan sedikit sebanyak mampu menambah kualiti tersendiri untuk barisan pemain skuad kendalian Fandi Ahmad itu pada saingan hadapan.

Walaupun begitu, sehingga kini masih belum ada pengesahan secara rasmi mengenai hala tuju Asnan untuk menyertai Sri Pahang pada musim hadapan untuk memperkuatkan jentera tengah kelab tersebut.

Terdahulu, Sri Pahang juga turut dikaitkan bakal menandatangani penyerang kebangsaan iaitu Shahrel Fikri selepas pemain itu dilaporkan tidak kekal bersama Negeri Sembilan.

Malah, beberapa nama pemain lain turut dilaporkan kini dikaitkan bersama Sri Pahang di beberapa posisi menerusi media sosial, namun tiada sebarang pengesahan rasmi lagi dibuat membabitkan pengurusan kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN