Pengendali Dari Wales Percaya Bale Boleh Setaraf Dengan Ronaldo Jika Mengubah Gaya Permainannya

Pengendali dari Wales, John Toshack tidak menafikan yang Gareth Bale adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Namun untuk menjadi setaraf bintang Portugal – Cristiano Ronaldo, Toshack menyarankan agar Bale perlu meningkatkan ketahanan tubuhnya dengan mengubah gaya permainannya.

Musim 2018/19 ini, Bale merupakan tonggak utama buat Real Madrid selepas kelab itu kehilangan Ronaldo. Peminat menagih khidmat Bale dengan mengharapkan beliau dapat membantu kelab meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

Namun, ianya tidak mudah buat Bale apabila dirinya sering berdepan dengan episod kecederaan hingga membuatkannya sering disisihkan dari pasukan.

Ubah gaya bermain

Melihat situasi tersebut, Toshack yang pernah menjadi pengurus Real Madrid sekitar tahun 90an berpendapat yang Bale seharusnya mengubah gaya permainannya jika mahu mengelak dari terlibat dengan sebarang insiden kecederaan.

Bale disarankan untuk bertindak lebih sebagai penjaring gol bukan penyumbang untuk bantuan gol.

VILLAREAL, SPAIN – JANUARY 03: Gareth Bale of Real Madrid CF in action during the La Liga match between Villarreal CF and Real Madrid CF at Estadio de la Ceramica on January 3, 2019 in Villareal, Spain. (Photo by David Aliaga/MB Media/Getty Images)

Seperti yang dilakukan Ronaldo sebelum ini, Bale seharusnya mengurangkan kawalan bola (dribble) kerana ia amat berisiko untuk dirinya menerima terjahan dari pihak lawan.

“Tidak perlu diragukan lagi, Gareth (Bale) boleh menjadi salah satu pemain terbaik sepanjang zaman.”

“Jika anda melihat apa yang telah dia perolehi dan anda berfikir tentang apa yang dia boleh perolehi jika dia tidak terlibat dari sebarang insiden kecederaan.”

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – DECEMBER 22: Gareth Bale of Real Madrid poses with his Adidas Golden Ball award after the FIFA Club World Cup UAE 2018 Final between Al Ain and Real Madrid at the Zayed Sports City Stadium on December 22, 2018 in Abu Dhabi, United Arab Emirates.(Photo by Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images)

“Sudah tentu dengan pengalamannya, mungkin dia dapat mengurangkan sedikit gaya permainannya, dan sudah tentu tidak banyak yang akan dapat membaca permainan.”

Sering cedera

Toshack percaya faktor kecederaan adalah punca utama kemerosotan Bale pada ketika ini. Beliau berharap Bale sedar dengan situasi tersebut dan perlu melakukan perubahan seperti apa yang dikatakannya.

“Semoga dia dapat memberikan prestasi yang lebih baik dari sekarang.”

MADRID, SPAIN – DECEMBER 12: Gareth Bale of Real Madrid, Rodrigo Becao of CSKA Moskow during the UEFA Champions League match between Real Madrid v CSKA Moskou at the Santiago Bernabeu on December 12, 2018 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

“Apabila anda menghadapi banyak kecederaan, anda perlu memulakannnya semula dari sudut fizikal, anda perlu mendapatkannya (kecergasan) sekali lagi.”

“Dan jika dia terpaksa menjalani kecederaan dua atau tiga kali dalam satu musim, itu situasi yang sangat sukar, itulah sebabnya saya memuji persembahannya pada masa ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN