Sam Allardyce Kecewa Liga Inggeris Dikuasai Jurulatih Luar, Tutup Peluang Jurulatih Inggeris

Sam Allardyce bukan nama asing dalam pengurusan di England. Beliau kini masih belum berjawatan selepas kali terakhir menguruskan Everton.

Sam Allardyce menyatakan kesedihan beliau melihat semakin ramai jurulatih luar England yang berkhidmat dalam Liga Inggeris. Beliau memberitahu TalkSPORT, perkara ini membuatkan mereka – jurulatih Inggeris – terpaksa cuba mencari makan di luar England.

Beliau berkaya: “Kehadiran terlalu ramai jurulatih luar ini sangat merisaukan dari sudut pembangunan jurulatih dan pengurus muda. Ianya juga memberikan impak kepada soal membina permainan berteraskan gaya Inggeris.”

Big Sam yang pernah menguruskan England untuk tempoh singkat, juga menyatakan, kini jawatan seperti jurulatih skuad pembangunan juga mulai dikuasai oleh jurulatih luar.

“FA England telah membelanjakan jutaan pound untuk memberikan kita kelayakan [lesen jurulatih], namun di mana kita nak bekerja?”

Beliau kemudian melabel Liga Inggeris sebagai liga antarabangsa yang dimainkkan di England. Sam juga memberikan contoh hanya 3 kelab EPL sahaja yang dimiliki oleh orang Inggeris.

(Nota editor: Sam Allardyce memberikan contoh yang tak tepat. Sebenarnya ada 6 kelab yang dimiliki orang Inggeris iaitu Brighton, Burnley, Huddersfield, Newcastle, Spurs dan West Ham. 50% pegangang saham oleh orang Inggeris Crystal Palace).

Menurut Sam Allardyce lagi, fenomena ini akan membuatkan ramai jurulatih Inggeris terpaksa berkelana ke negara lain. Sam Allardyce juga memberikan petanda bahawa jawatan beliau seterusnya mungkin di luar England.

Sebagai rekod, Sam Allardyce sudah terlibat dalam tugasan di England sebanyak 12 kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN