Pengendali Baharu Harimau Malaya Tak ‘Campur Tangan’ Tentang Asean Championship 2024

Timbul suatu persoalan di media sosial baru-baru ini dalam kalangan peminat Harimau Malaya, jika jurulatih baharu dilantik iaitu Peter Cklamovski bakal mengambil tahu atau terlibat kini dalam saingan Asean Championship 2024 bersama skuad kebangsaan.

Seperti diketahui, Pau Marti Vicente kini sibuk menguruskan Malaysia yang masih lagi bersaing dalam kejohanan Asia Tenggara itu dengan membawa keputusan satu kemenangan, satu seri, serta sekali kekalahan.

Malah, Pau Marti juga sudah tentu sibuk kini mempersiapkan barisan pemain terbaik beliau sebelum aksi seterusnya menentang Singapura pada hari Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Aksi Jumaat ini dianggap cukup getir kerana Malaysia memiliki peluang untuk melangkah dengan lebih jauh sekiranya keputusan positif diraih.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka sendiri mengesahkan Peter tidak akan terlibat mengenai persiapan semasa Harimau Malaya kerana tugasan rasmi beliau akan berlangsung pada Januari 2025.

Malah, Pau Marti juga akan terus kekal menerajui Harimau Malaya sekiranya mereka melayakkan diri ke ke pentas akhir secara kejutan pada 5 Januari hadapan.

Kenyataan itu disahkan sendiri menerusi perkongsian dibuat oleh Datuk Mohd. Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden FAM mengenai keadaan semasa skuad Malaysia.

“Pau Marti telah diberikan tugas untuk membantu pasukan sepanjang kempen Piala Asean kali ini dan kalau kita boleh melangkah jauh, beliau akan terus mengemudi pasukan sehingga habis kejohanan nanti.

“Sementara itu, jurulatih baharu (Cklamovski) ini pula telah diarahkan untuk membentuk pasukan yang baharu khusus bagi mengharungi kelayakan Piala Asia 2027 (pada Mac depan).

“Justeru, tiada isu kerana Pau Marti akan meneruskan tugas yang telah diberikan kepadanya dan pasti dia faham dengan situasi semasa,” kata beliau menerusi perkongsian Kosmo.

Pada masa sama, beliau mengesahkan jurulatih dari Australia itu bakal diberi kebebasan memilih barisan kejurulatihan sendiri selain mungkin tenaga tempatan turut menyertai Peter.

“Sudah tentu kita akan berbincang dengan Cklamovski untuk menentukan barisan kejurulatihan mengikut kapasiti dan keselesaannya.

“Mengenai pembantu jurulatih tempatan, mengikut kebiasaan kita akan lantik seorang pengendali lokal kerana dia boleh membantu Cklamovski dalam memberikan input mengenai pemain dan budaya setempat dengan lebih baik,” kata Yusoff akhir sekali.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN