Fayadh Zulkifli Antara Wajar Dipuji Setelah Kedah Tewaskan Penang

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Fayadh Zulkifli antara wajar menerima pujian setelah kualiti permainan beliau jelas sangat menonjol ketika pasukan itu menewaskan Penang.

Pada aksi ‘derbi utara’ itu, Kedah tampil mencipta kemenangan menerusi keputusan 1-0 di Stadium Darul Aman (SDA) hasil ledakan tunggal daripada Sukhrob Nurullaev.

Kemenangan Kedah kini meletakkan mereka di tangga ke-9, sementara Penang berada di kedudukan ke-11 menerusi lapan kekalahan dilakar mereka musim ini.

Sepanjang aksi berlangsung, jelas kedua pasukan tampil bersama pendekatan terbuka untuk berbalas-balas serangan sekali gus mencipta suasana cukup menghiburkan buat para peminat.

Walaupun begitu, tekanan mula dirasai khususnya pada penghujung separuh masa kedua dengan kekasaran serta sedikit pertelingkahan antara pemain kedua pasukan berlaku.

Apapun, tiada sebarang insiden berlaku dan kami turut tampil menyenaraikan tiga pemain yang hadir dengan impak besar buat kedua pasukan sepanjang aksi berlangsung.

Fayadh Zulkifli

Setelah ketiadaan Sony Norde yang dilaporkan menyertai kelab di Indonesia bersama Malut United, Fayadh hadir mengisi posisi sayap kiri Sang Kenari bersama aksi cukup menyakinkan.

Tatkala tumpuan kepada pemain ini kurang diberikan kerana konsistensi beliau di atas padang kurang menyakinkan, Fayadh tampil bangkit untuk membuktikan dirinya masih relevan.

Kelincahan beliau pada aksi semalam beberapa kali berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan selain banyak tekanan-tekanan dilakukan Fayadh untuk memberi masalah buat pertahanan serta penjaga gol lawan.

Sukhrob Nurullaev

Pemain sayap kanan Kedah ini menampilkan aksi cukup bertenaga dan berjaya menghiburkan para peminat menerusi kelincahan beliau ketika mengawal bola.

Jaringan tunggal beliau boleh dianggap cukup cantik kerana ketenangan beliau berjaya mengelirukan Richmond Ankrah sebelum satu sentuhan sahaja diperlukan untuk menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Sikh Izhan Nazrel.

Selain kreatif mencipta serangan dan meledak gol, Sukhrob juga kerap turun ke bawah untuk membantu pertahanan Sang Kenari menyerap asakan pelawat.

Dylan Wenzer-Halls

Meski tewas, penyerang import Penang dari Australia iaitu Dylan Wenzer-Halls sewajarnya menerima pujian penuh ekoran impak diberikan beliau di posisi serangan sepanjang aksi berlangsung.

Boleh dikatakan kebanyakan siri serangan Penang bermula daripada Dylan selain kelincahan beliau mencetuskan keresahan buat pertahanan Kedah untuk mengawal dirinya.

Malah, Dylan turut memiliki beberapa peluang meledak gol selain rajin mendapatkan bola untuk mencipta gerakan kreatif bersama rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN