Pengenalan Kepada Taktik Licik “The False 9”

Kita acap kali dihiburkan oleh kenduri gol Barcelona di liga Sepanyol sewaktu era Pep Guardiola dan kegemilangan generasi emas pasukan Sepanyol di bawah legasi Vicente del Bosque.

Taktikal permainan mereka yang banyak menjerat pasukan lawan dikatakan berasal dari kejayaan menggunakan taktikal licik, the false 9 ataupun 9 jadian.

Namun adakah anda faham apa itu taktik “the false 9” dan mengapa ia menjadi mimpi ngeri buat pemain bek dan penjaga gol?

Kami akan kongsikan dengan anda di sini.

Apa itu false 9?

false 9

False 9 adalah keadaan berlaku dimana single striker berlegar-legar jauh dari kawasan penalti lawan dan berkedudukan lebih dalam dari posisi striker yang sebenar.

False 9 adalah satu konsep di mana peranan no.9 (penyerang tengah) bukan dimainkan oleh penyerang tulen. Mereka biasanya daripada nombor posisi lain terutama sekali no.10, penyerang sayap dan nombor 8.

Namun Vicente Del Bosque pernah menggunakan pemain no.4 sebagai 9 jadian beliau ketika di Sepanyol. Berikut antara senarai 9 jadian dan posisi asal mereka.

  • Lionel Messi – nombor 10
  • Roberto Firmino – nombor 10
  • Fabregas (ketika era Del Bosque) – nombor 4 ataupun 6
  • Eden Hazard (di bawah kendalian Conte) – penyerang sayap
  • Alexis Sanchez (bersama Arsenal) – penyerang sayap
  • Francesco Totti – no.10
  • Carlos Tevez – no.10
  • Wayne Rooney – no.10

Mengapa ia dipanggil false 9?

soccer-jersey-number-position

Ia dipanggil false 9 (nombor 9 palsu /jadian) kerana pemain yang bermain di posisi nombor 9 itu bukan penyerang tulen. Dan seterusnya kedudukan mereka bukanlah di kawasan no.9 sebenar yang lebih menunggu bola di dalam kawasan gol. Mereka lebih ‘roaming’.

Jika anda ada membaca artikel tentang penomboran tradisional untuk jersi, pemakai jersi nombor 9, iaitu penyerang adalah pemain yang berada paling atas dan paling hampir dengan kawasan gol pihak lawan.

Baca: Fakta Menarik Tentang Nombor Jersi Yang Perlu Anda Tahu

Namun, apabila taktikal false 9 dipraktikkan , penyerang (pemain yang biasanya memakai jersi nombor 9) akan berada di posisi yang berlainan dan lebih dalam. Lantaran itu, taktikal ini disebut “false 9” atau nombor 9 yang palsu ini.

Bagaimana sistem false 9 berfungsi?

genius

False 9 berfungsi untuk menarik pemain bek tengah dan bek tepi keluar dari posisi asal mereka.

Kekuatan utama taktikal ini adalah – biasanya pemain 9 jadian ini adalah pemain no.10 dan mereka memiliki kualiti gelecekan dan skil individu yang sangat tinggi. Mereka sangat rajin dan memiliki kemampuan untuk mengolah ataupun playmaking.

Seterusnya adalah isu ruang – di mana amat sukar untuk mengenakan rantaian secara ketat (terutama dengan man to man marking). Apabila pemain false 9 berada lebih dalam dari kedudukan asal, back line akan terpaksa naik untuk menutup ruang dan peluang pemain false 9, meninggalkan posisi asal mereka.

Jadi, apabila mereka terpaksa naik untuk menutup pergerakan pemain false 9, ruang yang ditinggalkan mereka akan digunakan oleh team mate pemain false 9  (biasanya pemain sayap) untuk mencari gol dengan ruang yang ada.

Rumusan mudah adalah, 9 jadian turun sedikit ke bawah untuk mencipta ruang kepada 2 pemain sayap. Dan selepas itu berlaku permainan kombinasi yang fluid.

Sila tonton video pendek ini untuk mudah faham.

Siapa yang mempelopori false 9?

Terdapat laporan yang taktik licik false 9 ini bermula pada tahun 1930-an oleh pasukan Austria yang digelar wunderteam. Pemain no.9 Austria, Matthias Sindelar dikatakan kerap turun dari posisi asalnya untuk mengucar kacirkan back line pasukan lawan dan membuka ruang untuk di eksploit oleh pemain sayap Austria.

Kemudian, pada tahun 1950-an, Nandor Hidegkuti pula menjadi pemain false 9 untuk Hungary ketika mereka di panggil pasukan “the mighty Magyars”. Dalam bola sepak moden, taktik false 9 ini dilihat dipraktikkan oleh Luciano Spaletti di Roma dengan menggunakan Totti, del Bosque di Sepanyol dengan menggunakan Fabregas dan Pep Guardiola di Barca dengan menggunakan Messi.

Apa kelebihan false 9?

bleacherreport

Kelebihan menggunakan false 9 adalah abiliti untuk mengeksploitasi back line pihak lawan dan membuka ruang untuk dimanafaatkan oleh pemain sayap.

Apabila taktikal false 9 diterapkan, ia bagaikan sebuah magnet menarik besi bergerak keluar dari posisi asal.

Back line yang baik adalah back line yang berfungsi sebagai satu unit dan saling bergantungan. Apabila salah seorang pemain bek keluar dari posisinya, sistem back line itu akan menjadi cacat, lemah dan akan mudah dilepasi.

Beban untuk menjaringkan gol oleh striker false 9 juga akan berkurangan kerana beban itu bakal dipikul bersama oleh winger.

Less stress = More goal

Penerapan sistem ini juga mungkin diamalkan apabila sesebuah pasukan tidak mahu menggunakan target man dalam mencari gol.

Apa kekurangan false 9?

Kekurangan taktikal ini adalah kebergantungan terhadap pemain false 9 yang tinggi. Jika pemain false 9 itu memang punyai skill yang diperlukan dan pemain sayap mampu mengeksploit ruang yang dibuka, ia akan membuahkan hasil yang lumayan.

Namun, jika pemain false 9 itu tidak sempurna atau pemain sayap gagal memanafaatkan peluang, ia adalah sia-sia. Tak semua pemain berbakat dapat mengadaptasi diri dengan sistem false 9.

You require the “right” player to play the false 9 tactics. No necessary the high skilled one, but definitely the “right” one.

Adakah semua penerapan taktik false 9 berjaya?

newshub

Tidak. Terdapat pengurus hebat dan barisan pemain hebat di liga EPL pernah mencuba dan mengeksperimen sistem ini. Namun, tak cukup menjadi seperti di Barca dan Roma.

Wenger pernah mencubanya menggunakan Robin van Persie, Eduardo dan Lord Bendtner. Sir Alex Ferguson juga pernah menggunakan Cristiano Ronaldo, Rooney dan Tevez. Namun, pendekatan itu tidak berapa efektif.

Nota editor: Selepas berhijrah ke Real Madrid – Cristiano Ronaldo dibangunkan menjadi no.9 tulen sebagai penyerang lengkap (complete forward).

Selepas itu pasukan seperti Arsenal dan Liverpool aktif menggunakan sistem ini di EPL menerusi Alexis Sanchez dan Roberto Firmino.

Tidak lupa juga pada boxing day musim 2016/17 – Eden Hazard bermain peranan ini kerana ketiadaan Diego Costa.

Cara mengekang taktik  false 9.

Terdapat beberapa cara untuk mengekang taktik licik ini.

a) Taktik 4-2-3-1

90minutesup

Taktik ini juga dikenali sebagai double pivot, iaitu menggunakan 2 CDM di bahagian tengah padang untuk mengimbangi pergerakan pemain false 9.

b) High pressing defending

high-pressure-soccer-1

Back line perlu bermain sebagai satu unit yang utuh. Bermaksud, jika salah seorang CB naik menutup ruang pemain false 9, 3 lagi rakannya akan turut naik sebagai satu unit. Hal ini memerlukan konsentrasi yang tinggi sesama pamain bek dan tidak boleh melakukan kesilapan. Namun, jika bek bermain high pressing, mereka perlu berwaspada dengan hantaran bola lob dari jauh dan gerakan counter attack.

c) False back line (False 45)

Ini istilah mudah yang penulis fikirkan. Taktik ini berlaku apabila salah seorang pemain CB (biasanya memakai jersi 4 atau 5), akan sentiasa mengekori pemain false 9 dan back line sebenarnya hanya terdiri dari 3 orang pemain sahaja, walaupun bermain dengan 4 orang bek di atas kertas.

d) Park the bus

footballsupernova

Ini adalah taktikal fool proof yang kerap diamalkan oleh Chelsea apabila menentang pasukan yang bermain false 9. Ia efektif, terbukti berkesan namun mengundang kritikan. Taktik ini adalah apabila hampir keseluruhan pemain turun ke bahagian bawah untuk bertahan dan hanya meninggalkan seorang striker di bahagian tengah padang. Apabila bermain taktik ini, peluang serangan yang terbaik adalah melalui counter attack.

Bak kata orang, “If it seems stupid but it works, then its not stupid”.

Konklusi

aidtheboss

Semakin hari, permainan dan taktikal permainan bola sepak semakin berevolusi dengan pendekatan yang lebih moden.

Apa sahaja taktikal itu memerlukan semua pemain dalam pasukan itu faham akan konsepnya. Ini kerana bola sepak adalah permainan berpasukan.

Namun, apa yang pasti permainan bola sepak akan menjadi lebih menarik dari masa ke semasa dan tak akan luput di telan zaman.

Baca juga : Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN