Fallon d’Floor: Anugerah Tertinggi Untuk Penerjun Dalam Bola Sepak Ini Dimenangi Oleh Pemain Brazil

Ah…penerjun dalam bola sepak. Sama ada anda benci atau sayangkan mereka.

Seumur hidup kita meminati sukan bola sepak, kita seringkali diingatkan oleh pemain-pemain di padang – mengapa kita menonton perlawanan bola sepak. Skil gelecekan, hantaran yang membelah pertahanan lawan, sepakan percuma yang melepasi benteng dan penjaga gol, bentesan yang menyelamatkan gol dan ya, gol. Gol adalah segala-galanya dalam bola sepak.

Tetapi kadang-kala pemain bola sepak juga mengingatkan kita mengapa kita mencarut dan memaki di stadium dan di hadapan TV. Untuk menang, mereka bergantung kepada skil lakonan penuh tipu daya mereka, bukannya skil bola sepak yang kita membuatkan kita jatuh cinta dengan bola sepak.

Mereka berpura-pura di hadapan pengadil untuk menang. Untuk mendapatkan penalti. Untuk memberi kad merah kepada pemain lawan. Untuk merencatkan tempo permainan. Dan yang paling teruk untuk menipu diri sendiri, pengadil dan pencinta bola sepak seperti kita. Itulah mereka – si penerjun.

Fallon d’Floor – sebuah ilham Internet

Untuk memberi penghargaan kepada penerjun-penerjun berbakat dalam bola sepak, komuniti Internet di Reddit berganding bahu untuk mencipta Fallon d’Floor – spoof kepada anugerah Ballon d’Or.

Pencalonan dihantar ke laman web rasmi Fallon d’Floor dan boleh diundi oleh sesiapa sahaja yang melawat laman web tersebut.

Antara syarat-syarat pencalonan adalah:

  1. Perlawanan penting sahaja. Perlawanan persahabatan tidak dikira.
  2. Setiap pencalonan mestilah disertai dengan video yang jelas (seboleh-bolehnya dalam kualiti HD dan slow motion) dan secara idealnya disertai dengan audio dan komentar perlawanan.
  3. Seorang pemain hanya boleh dicalonkan sekali sahaja.

Syarat-syarat mengundi pula adalah:

  1. Terjunan yang mempunyai impak besar dalam perlawanan (dihadiahkan penalti, pemain lawan diberi kad merah) perlu diberi keutamaan undian.
  2. Keutamaan undian perlu diberi kepada penerjun yang terlepas dari hukuman pengadil.

Bagaimana rupa trofi Fallon d’Floor?

But bola sepak di atas kulit pisang. Classy.

18449810-86a2-11e4-9ad5-8b6761a4af01_Untitled-2-copy

Calon-calon Fallon d’Floor 2014

1. Fred (Brazil) vs Croatia, World Cup 2014

2. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) vs Celta Vigo, Liga BBVA 2014/15

3. Adryan (Leeds United) vs Derby County, Football League Championship 2014/15

4. Arjen Robben (Bayern Munchen) vs Arsenal, Champions League 2014

5. Mattia Destro (AS Roma) vs Cagliari, Serie A 2013/2014

6. Luis Suarez (Uruguay) vs Italy, World Cup 2014

7. Neymar (Brazil) vs Colombia, Friendly 2014

8. Ross Barkley (Everton) vs West Ham, English Premier League 2014/15

9. James Tomkins (West Ham) vs Everton, English Premier League 2014/15

10. Leandro Damiao (Santos) vs Criciuma, Brasil Serie A 2014

11. Ginacarlo Gonzalez (Columbus Crew SC) vs San Jose Earthquakes, Major League Soccer 2014

Pemenangnya adalah….

Di tempat ke-3 dengan peratusan undian sebanyak 17%, pemenangnya adalah:

poster-ronaldo

Terjunan Cristiano Ronaldo ini menghasilkan penalti untuk Real Madrid dan kad kuning kepada pertahanan Celta Vido, Jonathan Castro Otto. Well done, Cristiano!

 

Di tempat ke-2 dengan peratusan undian sebanyak 23%, pemenangnya adalah:

poster-gonzalez

Lakonan Giancarlo Gonzalez ini terlepas dari hukuman pengadil. Satu perkara yang pasti, beliau pasti tidak akan menerima kad krismas daripada Chris Wondolowski.

 

Dan akhir sekali, pemenang Fallon d’Floor dengan peratusan undian tertinggi iaitu sebanyak 32% adalah:

poster-adryan-sm

Bagaikan ikan yang menggelupur di atas tanah, Adryan mendatangkan rasa kasihan kepada pengadil yang menghukum pemain Derby County, Johnny Russell dengan kad kuning.

 

Kesimpulan

Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Fallon d’Floor 2014. Lakonan anda menghiburkan kami dan harapnya anda semua. Kita jumpa lagi dalam Fallon d’Floor 2015 akan datang. Selamat malam!

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN