Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana jelas sekali menjadi tumpuan pada jendela perpindahan ini apabila pelbagai kelab ingin memperoleh khidmat pemain tersebut.
Nama yang paling ketara ingin mendapatkan Onana adalah Manchester United. Mereka dikatakan begitu mengekori rapat pemain tersebut namun masih belum berjaya mengikatnya.
Kini, United mempunyai pesaing mereka dalam mendapatkan Onana dan ia datang daripada nama yang tidak asing lagi.
Kelab Arab Saudi iaitu Al-Nassr yang memiliki Cristiano Ronaldo kini dalam proses untuk merampas Onana daripada genggaman United.
Menurut laporan CBS Sports, Al-Nassr dilaporkan bersedia untuk memberikan tawaran lumayan kepada Onana bagi memastikan pemain tersebut tidak menyertai United.
Dari pelan yang cuba dirangka kelab Arab Saudi ini, mereka merancang untuk mendapatkan Onana untuk menggantikan David Ospina yang terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.
Buat masa sekarang, United masih belum lagi menawarkan sebagai kontrak kepada Onana kerana mereka masih belum bertemu dengan pihak Inter lagi.
Mereka berada dalam tekanan kerana tawaran Al-Nassr itu terlalu sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain. Oleh itu, United perlu pantas atau mereka bakal gigit jari.
Al-Nassr begitu serius dalam usaha memajukan pasukan selepas berjaya mendapatkan Ronaldo serta pemain tengah Croatia, Marcelo Brozovic.
Mereka juga telah berjaya mengubah pengeluar jersi mereka dengan mendapatkan Nike untuk musim hadapan. Jelas sekali, pengaruh Ronaldo cukup hebat dalam mentransformasi Al-Nassr.
Adakah Ronaldo akan menjadi punca Onana tidak ke Old Trafford dan sebaliknya ke Asia?