Tan Cheng Hoe: “Pemain Leka Lepas Jaringkan 2 Gol”

Tan Cheng Hoe

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui yang para pemainnya leka selepas berjaya mendapatkan dua gol dalam aksi menentang Kuching City di Kelana Jaya semalam.

Selangor merakamkan kemenangan berganda ke atas Kuching dalam aksi liga musim ini dengan penuh susah payah menerusi jaringan Ayron del Valle dan Yohandry Orozco.

Bercakap kepada sidang media, Cheng Hoe yang mengakui pasukannya sering diasak oleh para pemain Kuching mengatakan skuadnya pasti kecewa kerana bolos juga di penghujung perlawanan.

“Ya, memang nampak selepas kami mendahului, kami agak selesa dan tidak dapat mengawal perlawanan dengan baik.

“Walaupun kami dibolosi, saya rasa rata-rata pemain agak kecewa tentang keputusan tersebut,” kata Cheng Hoe selepas perlawanan.

Sungguh pun begitu, Cheng Hoe mengatakan apa yang penting adalah Selangor berjaya mendapatkan tiga mata dalam perlawanan tersebut.

Ini dapat membantu Selangor untuk terus mencengkam kedudukan mereka ditangga kedua liga.

“Yang penting adalah kita dapat tiga mata, tetapi kita perlu terus positif. Yang penting, adalah untuk kita dalam kedudukan yang terbaik dalam liga juga,” ujar Cheng Hoe lagi.

Selangor jelas sekali bersusah payah ketika menentang Kuching terutamanya ketika separuh masa kedua apabila kelab Sarawak itu banyak menguasai perlawanan.

Hasilnya, Selangor bolos juga hasil jaringan Amir Amri pada minit ke-89. Situasi ini jelas merisaukan penyokong Selangor yang cukup sukar untuk mendapatkan nirbolos (clean sheet).

GAMBAR: Shah Amirul – Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN