Quantcast

BERITA

Pengarah Sukan Juventus Bertemu Wanda Nara, Bincang Masa Depan Icardi

Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici dilaporkan telah bertemu dengan Wanda Nara di Ibiza bagi membincangkan situasi Mauro Icardi.

Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa, Paratici cuba memintas Napoli dalam usaha mendapatkan Icardi.

Wanda Nara merupakan isteri merangkap ejen kepada Mauro Icardi. Pemain itu sudah diberitahu untuk mencari kelab baru. Hal ini kerana Antonio Conte sudah memberitahu bahawa Mauro Icardi tiada dalam perancangannya.

Juventus dilaporkan sedia membayar Icardi dengan gaji €8 juta semusim dengan kontrak selama 5 tahun.

Walaubagaimanapun, Paratici menyatakan perjanjian dengan Icardi tidak akan menjadi mudah. Ini kerana kelab perlu menjual beberapa pemain penyerang yang berlambak ada dalam pasukan Juventus ketika ini.

Antara nama yang mahu dikeluarkan ialah Mandzukic dan Gonzalo Higuain. Untuk situasi Higuain, Juventus pastinya sedar bahawa Sarri sangat menggemari pemain itu. Mereka perlu mendengar pandangan Sarri terlebih dahulu.

Ini ditambah pula dengan situasi semasa, di mana Juventus sedang dalam proses berbincang dengan wakil De Ligt.

Inter Milan dilaporkan meletakkan tanda harga €60 juta untuk Mauro Icardi. Angka itu dijangka akan kurang kerana Inter Milan kelihatan terdesak untuk menjual Icardi.

Masa depan Icardi di Inter Milan menjadi sukar selepas beberapa insiden tidak profesional beliau musim lalu.

Inter Milan juga dilaporkan pernah mengusulkan Icardi keapda Man. United untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian mendapatkan Lukaku. Namun Man. United menolaknya. Sedangkan sebelum ini Man. United dikatakan berminat dengan Icardi.