Perpindahan Nicolo Zaniolo ke Galatasaray jelas ibarat rumah siap pahat berbunyi kerana pemergiannya jelas tidak disenangi oleh pihak kelab.
Sebelum ini, Zaniolo begitu lantang mahu meninggalkan kelab sejak Januari lalu dengan pengendali Jose Mourinho melabelkan situasi itu sebagai “malang”.
Hal ini kerana, pada hemat Mourinho, adalah malang untuk seseorang pemain itu mahu meninggalkan kelab seperti AS Roma.
Kini, Zaniolo telah pun berpindah dengan menyertai Galatasaray pada nilai $17.70 juta (RM76 juta) dan pemergiannya telah dikecam oleh Pengarah Sukan AS Roma.
Menurut Tiago Pinto, pemergian Zaniolo ke Galatasaray ibaratkan pemain itu tidak bercita-cita besar kerana hanya kejarkan nilai gaji yang lumayan tanpa memikirkan pembangunannya sebagai pemain.
Bagi Pinto, ianya adalah satu kerugian untuk meninggalkan saingan Serie A yang dianggap sebagai liga lima terbaik di Eropah kepada Liga Turki yang lebih rendah tarafnya.
“Walaupun saya terfikir yang saya perlu peroleh jumlah wang yang tertentu, tetapi saya memilih untuk meninggalkan Roma dan pilihan yang ada cumalah Bournemouth dan Galatasaray, saya perlu soal diri saya semula,” kata Pinto.
🟨🟥 LIVE | La conferenza stampa di Tiago Pinto al termine del mercato invernale https://t.co/tPPYSwcJw1
— AS Roma (@OfficialASRoma) February 8, 2023
Sebelum ini, Zaniolo dilaporkan mempunyai beberapa kelab yang mahukannya termasuklah Bournemouth dan AC Milan. Namun, beliau memilih Galatasaray sebagai destinasi pilihan.
Diatas kertas, pastinya ke Milan adalah jawapan terbaik namun Roma pastinya tidak mahu melepaskan Zaniolo kepada seteru domestik mereka.
Walaupun Bournemouth adalah pasukan Premier League namun ianyalah bukanlah kelab ternama dan kerana itulah membuatkan kenapa pilihan antara The Cherries dan Galatasaray bukanlah yang terbaik untuk Zaniolo.
Walaupun begitu, ianya telah dilakukan dan pemain berusia 23 tahun ini akan memulakan perjalanan kariernya di kelab gergasi Turkiye itu.