Pengarah Sukan AC Milan Yakin Fellaini Tak Akan Lanjut Kontrak Di Man. United

Pengarah Sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli memberitahu media yang bintang Belgium, Marouane Fellaini tak akan lanjutkan kontrak beliau di Old Trafford dan menggambarkan pemain berbadan besar itu akan datang ke San Siro.

Mirabelli menggambarkan pada situasi semasa, pihak beliau sedang berhubung dengan pihak Fellaini.

Sebelum ini Jose Mourinho pula menyuarakan keyakinan yang Fellaini akan setuju dengan tawaran kontrak baru yang ditawarkan kepadanya oleh Man. United.

Fellaini telah menjadi pemain penting Jose Mourinho untuk pertukaran taktikal. Namun pemain itu sudah pastinya bukan pemain yang kerap bermain dalam pasukan utama, salah satu daripada sebabnya adalah kecederaan.

Fellaini hanya bermain 16 kali musim ini dalam EPL untuk United dan 11 daripadanya adalah sebagai pemain simpanan.

Jadi, salah satu daripada tawaran menarik AC Milan pastinya minit perlawanan yang lebih. Mirabelli juga menyatakan yang AC Milan serius mahu mendapatkan Fellaini bagi memperbaiki bahagian tengah pasukan itu. Beliau berkata:

“Fellaini akan menjadi pemain penting. Kami tahu yang beliau tak akan memperbaharui kontrak di United. Tetapi sukar nak katakan yang kami sudah memuktamadkan perjanjian.”

“Beginilah, pertama sekali, kami akan cuba muktamadkan perjanjian dan kemudian barulah kami umumkan.”

Fellaini kini dalam ejen bebas, beliau boleh bercakap dengan mana-mana pihak tanpa perlu meminta kebenaran daripada Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN