Statistik: 5 Penjaga Gol Yang Paling Cuai Dalam EPL 2017/18

Penjaga gol merupakan posisi penting dalam sesebuah pasukan bola sepak. Jarang kedengaran dimana penjaga gol punca pasukan mengalami kegagalan.

Namun, sebagai manusia kita tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan.

Seperti dalam saingan Premier League musim 2017/18, sekurang-kurangnya terdapat 5 penjaga gol yang sering melakukan kesilapan sehingga menyebabkan status mereka sebagai gol utama bakal tergugat bersama pasukan untuk musim hadapan.

Siapakah 5 penjaga gol tersebut ? Ada beberapa nama besar dalam senarai teratas ini. Ini adalah senarainya:

1. Petr Cech ( Arsenal )

Petr Cech

Prestasi tidak menentu The Gunners  seolah-olah menjadi masalah utama yang dihadapi mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Arsenal kerap kehilangan mata dalam perlawanan menentang pasukan bukan pilihan sehingga menyebabkan pasukan itu mengakhiri kempen Premier League ditangga ke-6.

Salah satu kelemahan Arsenal ialah di posisi penjaga gol utama pasukan. Seperti diketahui, Petr Cech kerap melakukan kesilapan mudah dan sekaligus menyebabkan Arsenal mengalami kekalahan.

Sebagai contoh ketika Arsenal berkunjung ke Liberty Stadium bertemu Swansea City dalam perlawanan ke-24 Premier League, 31 Januari lalu.

Petr Cech gagal menerima back pass dari Shkodran Mustafi dengan sempurna, sehingga membolehkan Jordan Ayew menjaring gol ketiga Swansea pada minit 61.

Untuk rekod musim ini, Petr Cech telah melakukan 6 kesilapan dalam beberapa perlawanan bersama Arsenal.

Hal ini menyebabkan pihak pengurusan Arsenal mula merancang untuk mendapatkan penjaga gol baru untuk musim hadapan, salah satu calonnya adalah penjaga gol Bayern Leverkusen, Bernd Leno.

2. Joe Hart (West Ham)

LIVERPOOL, ENGLAND – NOVEMBER 29: Joe Hart of West Ham United look dejected after the Premier League match between Everton and West Ham United at Goodison Park on November 29, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Joe Hart memutuskan untuk menjalani tempoh pinjaman dengan menyertai West Ham United selepas musim lalu memilih untuk dipinjamkan ke Torino.

Diawal kehadiranya, Joe Hart tampil sebagai penjaga gol utama West Ham sebelum posisinya diambil alih oleh Adrian.

Empat kali kesilapan yang dilakukan ketika bersama West Ham membuat kedudukannya sebagai penjaga gol terbaik England turut tergugat

Prestasi buruk Hart bersama West Ham membuatkan Gareth Southgate tidak menyenaraikan namanya dalam 23 pemain skuad England yang bakal beraksi dalam kempen Piala Dunia di Rusia nanti.

3. Jonas Loessl (Huddersfield Town)

HUDDERSFIELD, ENGLAND – DECEMBER 09: Jonas Lossl of Huddersfield Town during the Premier League match between Huddersfield Town and Brighton and Hove Albion at John Smith’s Stadium on December 9, 2017 in Huddersfield, England. (Photo by Tony Marshall/Getty Images)

Huddersfield sempat menjadi pasukan yang mampu memberikan kejutan di awal musim 2017/18.

Namun, selepas menghadapi beberapa perlawanan, The Terriers gagal mengekalkan prestasi terbaik mereka. Bahkan mereka hampir berada dalam zon penyingkiran.

Beberapa faktor menyebabkan pestasi merudum Huddersfield dalam Premier League, antara menerusi kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol mereka, Jonas Loessl.

Pemain yang berasal dari Denmark ini telah melakukan tiga kesilapan yang menyebabkan pasukannya mengalami kekalahan.

Salah satu kesilapannya ketika pasukannya tewas 0-2 ke atas Swansea City, 14 Oktober 2017 yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, Loessl gagal melakukan hantaran kepada rakan pasukan sehingga menyebabkan bola berjaya dirampas pemain Swansea dan gol berjaya dihasilkan oleh Tammy Abraham.

4. Asmir Begovic (Bournemouth)

during the Premier League match between Everton and AFC Bournemouth at Goodison Park on September 23, 2017 in Liverpool, England.

Asmir Begovic berhijrah ke Bournemouth pada musim 2016/17. Penjaga gol berusia 30 tahun ini tidak perlu mengambil tempoh masa yang lama untuk mengantikan posisi yang ditinggalkan Artur Boruc.

Pada musim 2017/18, Begovic merupakan pemain yang menjadi tonggak utama untuk skuad, Eddie Howe.

The Cherries telah mengakhiri musim ini dengan berada di kedudukan ke-12 carta Premier League.

Akan tetapi, musim 2017/18 merupakan musim terburuk buat penjaga gol yang pernah memperkuatkan skuad Chelsea selama dua musim sebelum ini.

Untuk maklumat tambahan, Begovic telah melakukan sekurang-kurangnya lima kesalahan dalam beberapa perlawanan antaranya ketika bertemu Everton pada 30 Disember lalu.

5. Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)

LONDON, ENGLAND – MAY 02: A dejected Hugo Lloris of Tottenham Hotspur looks on after conceding a second goal during the Barclays Premier League match between Chelsea and Tottenham Hotspur at Stamford Bridge on May 02, 2016 in London, England.jd (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Meskipun Tottenham Hotspurs berjaya mengakhiri saingan Premier League di tangga ke-3, penjaga gol utama Hugo Lloris tidak terlepas melakukan banyak kesilapan dalam beberapa perlawanan.

Kesilapan Lloris menyebabkan Spurs mengalami lima kekalahan dalam Premier League. Agak mengejutkan kerana Lloris dianggap ‘stronghold guardian’ yang sangat baik.

Salah satu kesilapan Lloris ketika Tottenham berkunjung ke Stamford Bridge bertemu Chelsea pada 1 April lalu.

Dalam perlawanan tersebut, tindakan Lloris untuk menumbuk bola keluar hasil hantaran lintang Victor Moses mengundang padah, apabila bola tersebut terlepas dari jangkauannya, lalu berjaya disambar Alvaro Morata untuk mencetak gol pertama perlawanan buat Chelsea.

Dalam perlawanan tersebut, Spurs berjaya menewskan Chelsea dengan keputusan 3-1.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN