Malaysia dijangka bakal mendapat kekuatan baharu dalam skuad mereka selepas seorang lagi pemain warisan negara akan didaftarkan tidak lama lagi untuk turut beraksi di pentas antarabangsa.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah Richard Chin, selepas dilaporkan pertahanan muda tersebut bakal mendapat kelulusan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tidak lama lagi.
Richard Chin helped Charlton Athletic beat Brighton to advance to the Carabao Cup quarter-finals. They are the only non-Premier League team left in the competition. pic.twitter.com/h5hsqvbxvI
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) December 22, 2022
Ianya disahkan sendiri menerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dengan menyatakan proses pendaftaran pemain tersebut hampir selesai.
Pemain berusia 20 tahun ini memulakan karier beliau sebelum itu bersama salah satu kelab dalam saingan EFL League One di England iaitu Charlton Athletic sebelum dipinjamkan kepada Dartford.
Menerusi gaya permainan, Richard mempunyai kebolehan baik untuk beraksi di posisi tengah serta beroperasi sebagai pertahanan dengan cukup berkualiti sepanjang beraksi di England.
Sepanjang bersama Charlton Athletic dan Dartford, Richard sudah pun membuktikan kemampuannya untuk bersaing bersama ramai lagi pemain Eropah lain untuk mendapat minit permainan serta memberi impak di atas padang.
Maka, ia bakal memberi nilai tambah terbaik buat Kim Pan-gon untuk menggunakan khidmat Chin pada masa akan datang mengikut situasi serta percaturan taktikal ingin diterapkan pengendali tersebut buat Harimau Malaya.
Jelas Hamidin, proses kelulusan untuk menyelesaikan segala hal dokumentasi Richard berkemungkinan akan lebih cepat dan pemain tersebut sudah boleh bergelar selaku pemain tempatan dalam tempoh sebulan akan datang.
✍️ We have exercised an option to extend Richard Chin's contract until the summer of 2024.
🙌 Congratulations, Chinny!
🔴⚪️ #cafc
— Charlton Athletic FC (@CAFCofficial) March 22, 2023
“Yang saya tahu Richard Chin kini dalam proses. Berapa peratus itu saya tidak dapat beritahu kerana ia diuruskan oleh pihak yang berkenaan, tapi apa yang saya tahu proses dokumentasi itu sedang dibuat.
“Jadi saya tak pasti bila beliau akan dapat (pasport), tapi mungkin dalam sebulan dua lagi mungkin,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.
Menerusi pengalaman Richard yang beraksi di luar negara kini, pastinya memberi kelebihan besar buat skuad kebangsaan untuk terus mempersiapkan diri sebelum saingan Piala Asia tahun hadapan.
Malah, dengan usia masih muda berkemungkinan Richard juga bakal diberi peluang untuk beraksi bersama skuad bawah 22 (B-22) negara bagi saingan Sukan SEA serta kejohanan lain.
Selain Richard, Malaysia sebelum itu sudah pun dibarisi ramai pemain warisan dan masing-masing sudah pun memberi impak tersendiri buat skuad kebangsaan seperti Brendan Gan, David Rowley, Corbin Ong, serta ramai lagi.