“Pengadil Silap Lagi” – FAM Mengaku Gol PJ City Sepatutnya Dibatalkan

PJ City

Rentetan daripada kontroversi tempoh hari dalam perlawanan Sri Pahang menentang PJ City, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui yang pengadil sekali lagi melakukan kesilapan.

Menurut badan induk bola sepak negara itu, kesilapan yang dilakukan oleh pengadil adalah ketika jaringan R. Barathkumar pada minit ke-85 untuk menyamakan kedudukan kedua-dua pasukan.

Menurut Sinar Harian, dikala pengadil perlawanan membenarkan jaringan tersebut, analisis yang dilakukan oleh FAM semalam mendapati gol itu sepatutnya dibatalkan.

“Prestasi dan persembahan pengadil sepanjang perlawanan adalah baik kecuali pada minit ke-85 apabila jaringan yang berlaku disahkan.”

“Keputusan itu adalah salah kerana ada pemain PJ City yang menganggu pemain lawan dengan cara perlakuan yang jelas memberi impak kepada terhadap kemampuan pihak lawan memainkan bola,” kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman.

Gol tersebut telah menafikan kemenangan Pahang di laman sendiri dengan mereka terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja.

Malah, lebih teruk lagi adalah pasukan Pantai Timur itu telah menjadi mangsa kepada kesilapan pengadil untuk dua perlawanan berturut-turut.

Sebelum ini, Pahang ‘terkena’ ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman di Alor Star apabila jaringan yang dihasilkan mereka turut dibatalkan dalam perlawanan tersebut sekali gus menyumbang kepada kekalahan Tok Gajah.

FAM Akui Pengadil Silap Batalkan Gol Sri Pahang, Tindakan Tegas Akan Diambil

Hasil daripada dua siri kesilapan ini telah membuatkan Pahang kerugian lima mata dan hanya mengutip satu mata sahaja daripada dua perlawanan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN