FAM Akui Pengadil Silap Batalkan Gol Sri Pahang, Tindakan Tegas Akan Diambil

Sri Pahang Pengadil FAM

Ketidak puasan hati Ketua Jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel terhadap mutu pengadilan ketika pasukannya tewas kepada Kedah dalam aksi Liga Super tempoh hari nampaknya berasas selepas mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Gamel dalam kenyataannya merasakan Sri Pahang seolah-olah ‘dirompak’ selepas pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir membatalkan dua gol yang dijaringkan menerusi David Rowley dan Johan Martial.

Berikut merupakan kenyataan media oleh FAM:

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat tindakan awal berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil sepanjang Hari Perlawanan 3 Liga Super 2022 yang telah berlangsung pada Selasa, 5 April 2022 dan Rabu, 6 April 2022.

1. Perlawanan Negeri Sembilan FC lwn Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Selasa, 5 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab.

FAM telah menerima surat aduan daripada Selangor FC pada Rabu, 6 April 2022 dan sudah pun membalas surat berkenaan pada Khamis, 7 April 2022.

2. Perlawanan Kuala Lumpur City FC lwn Johor Darul Ta’zim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu, 6 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj.

FAM tidak menerima sebarang surat aduan daripada Kuala Lumpur City FC.

3. Perlawanan Kedah Darul Aman FC lwn Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Rabu, 6 April 2022

Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa terdapat kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat beberapa keputusan termasuk membatalkan jaringan pasukan Sri Pahang FC.

Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang FC, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video, dan mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.

Jawatankuasa Pengadil FAM seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan terhadap pegawai-pegawai perlawanan tersebut.

ABANG ZULKARNAIN ABANG ABDURAHMAN

Penolong Setiausaha Agung

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN