Kelibat Pengadil Luar Hiasi Perlawanan FELDA United Lawan Selangor Di Jengka

Jika anda menonton perlawanan Liga Super 2019 (MSL 2019) semalam melibatkan FELDA United dan Selangor, pasti anda kelihatan sesuatu yang berlainan bukan?

Selain daripada penggunaan rumput tiruan dan stadium yang tanpa balapan, pengadil juga kelihatan berbeza.

Wajahnya tidak menggambarkan pengadil itu seperti orang tempatan tetapi siapakah beliau?

Sebenarnya pengadil yang mengadili perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka adalah pegawai perlawanan yang dibawa khas dari luar negara.

Majed Mohammed Al Shamrani merupakan pengadil dari Arab Saudi yang merupakan pengadil berstatus FIFA.

Pengadil luar dari Arab Saudi yang mengadili perlawanan di Jengka semalam.

Kehadiran pengadil luar ini barangkali tidak disedari ramai oleh penyokong bola sepak Malaysia pada perlawanan semalam.

Kehadiran Al Shamrani ke Malaysia barangkali adalah salah satu ujikaji untuk melihat sejauh mana pengadil luar dapat memperbaiki mutu pengadilan di negara ini.

Hal ini bertepatan dengan usaha pihak Malaysian Football League (MFL) yang mahu menggunakan pengadil luar di perlawanan akhir Shopee Piala FA.

Sebelum ini, pihak MFL menyatakan sikap terbuka mereka terhadap potensi menggunakan pengadil luar dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam laporan Berita Harian, pihak MFL sentiasa bersetuju untuk mempertingkatkan idea membawa pengadil luar untuk Liga Malaysia.

“Pihak MFL sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengadil luar dan mengharapkan Persatuan Bolasepak Malaysia memberi bantuan untuk membawa mereka ke Liga Malaysia.”

Perlawanan FELDA United menentang Selangor yang diadili pengadil luar itu berakhir dengan keputusan 2-1 memihak pasukan pelawat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN