Pengadil EPL Dan EFL Diminta Berikan Pemain Rehat Untuk Berbuka Puasa

Para pengadil dalam saingan English Premier League (EPL) dan Championship (EFL) diminta untuk membenarkan para pemain yang beragama Islam rehat khas ketika masuknya waktu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Memandangkan sudah semakin ramai pemain beragama Islam yang beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris pada ketika ini, maka budaya serta tuntutan agama juga sepertinya sudah semakin di terima di England.

Nama-nama besar seperti Mohamed Salah, Riyad Mahrez, N’Golo Kante dan ramai lagi merupakan ikon pemain muslim yang kini sedang beraksi di liga bola sepak terhebat di Eropah itu.

Kesemua pemain beragama Islam itu dijangka akan menjalani ibadah puasa pada bulan ramadan ini dan jelas sekali ramai yang tahu akan rutin mereka sepanjang tempoh tersebut.

Jika dahulu hal itu agak asing bagi peminat bola sepak di England, namun kini sepertinya mereka sudah sangat faham tentang tuntutan umat Islam itu.

Sama seperti saudara Islam yang lain, para pemain tersebut tidak dibenarkan makan atau minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Dan memandangkan ada perlawanan yang akan dilangsungkan pada waktu petang, maka ramai pihak yang meminta para pengadil untuk memberikan rehat khas kepada para pemain supaya mereka boleh berbuka puasa.

Bukanlah rehat yang panjang, namun cukup untuk memberi ruang kepada pemain-pemain tersebut supaya mendapatkan sedikit minuman tenaga atau apa-apa makanan bagi membolehkan mereka berbuka puasa.

Para pengadil diminta mengenal pasti terlebih dahulu sebelum sepak mula perlawanan tersebut, adakah pemain beragama Islam yang akan turun bermain dan andai ada, maka mereka perlu memberikan rehat ketika masuk waktu berbuka puasa.

Persatuan Bola Sepak England dan PGMOL (Professional Game Match Officials Ltd) telah dimaklumkan hal tersebut dan mereka sepertinya tiada masalah untuk menerima cadangan itu.

Ramadan merupakan antara bulan suci dalam kalender Islam dan berpuasa juga merupakan antara rukun Islam jadi tidak hairanlah mengapa kesemua pemain beragama Islam akan berpuasa sepanjang bulan ini.

Seperti yang dinyatakan di atas, sejak kebelakangan ini, rata-rata peminat sudah semakin faham tentang hal tersebut dan mereka tiada masalah untuk membenarkan perlawanan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada pemain untuk berbuka puasa.

Dua tahun lalu, ketika aksi pertemuan antara Leicester City bertemu Crystal Palace, perlawanan tersebut telah dihentikan seketika bagi membenarkan pemain berbuka puasa dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam saingan Premier League.

Ketika itu, kedua-dua pasukan sudah terlebih dahulu bersetuju untuk hal tersebut kerana mahu memberi ruang kepada Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Vicente Guiata melengahkan sepakan gol untuk memberi ruang kepada kedua-dua pemain berbuka puasa dan pengadil perlawanan juga tiada masalah tentang hal tersebut.

Fofana sendiri memuat naik status mengucapkan terima kasih selepas tamat perlawanan tersebut kerana beliau dibenarkan untuk berbuka puasa.

Ramadan kali ini, peminat berharap pengadil akan terus menghentikan permainan untuk membenarkan pemain berbuka puasa dan menjadikan hal tersebut sebagai satu kewajipan sepanjang 30 hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN