Aksi suku akhir Piala FA antara Sabah dan juga Selangor belum lagi berakhir setakat artikel ini ditulis, tetapi kontroversinya sudah ada.
Selangor yang mendahului menerusi jaringan Hyuri Henrique pada minit pertama perlawanan terlibat dalam kontroversi apabila pemain pertahanan Fazly Mazlan ditendang pengadil.
Pengadil, Suhaizi Shukri dilihat menendang Fazly semasa pemain pertahanan itu membantah keputusan pegawai perlawanan kerana memberikan sepakan percuma kepada Sabah.
Fazly dipersalahkan kerana menjatuhkan Baddrol Bakhtiar dengan pertahanan itu kemudiannya membantah keputusan terbabit.
Semasa membantah, Fazly ditendang oleh Suhaizi dan ianya boleh dilihat jelas dalam siaran langsung.
Did the referee kick Fazly Mazlan? It looked like a kick to me. That doesn’t seem right to me.
This season, referees have been hogging the headlines. We can go on and on about it. #SABSEL #FACup2022 pic.twitter.com/PH5Kf7NccN
— T. Avineshwaran (@avineshW90) July 23, 2022
Tendangan itu tidaklah kuat, apatah lagi mampu menghasilkan gol jika ada bola dikakinya. Akan tetapi, jelas sekali kaki diangkat dan dihalakan kepada Fazly.
Tidak pasti sama ada ianya adalah hasil bantahan Fazly yang berkemungkinan keterlaluan sehingga menyebabkan Suhaizi berbuat demikian.
Namun begitu sebagai pengadil, mereka perlu tenang dan tidak terbawa dengan emosi sewaktu mengadili perlawanan.
Anda boleh tonton klik itu dan nilaikan sendiri.