Keluarga diraja Qatar sebenarnya tidak berminat untuk membeli Liverpool dari Fenway Sports Group (FSG) walau terdapat pelbagai laporan yang mengaitkan mereka dengan kelab dari saingan Premier League itu.
Bulan lalu, dunia bola sepak telah dikejutkan dengan berita yang FSG bersedia untuk menjual Liverpool seandainya ada tawaran yang sesuai.
Berita itu sebenarnya berita yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penyokong Liverpool, yang sudah bosan dengan pemilik kelab mereka.
📰{NEWS}📰
The Qatari Royal Family have reportedly ruled themselves out #LFC
🔴: @espn https://t.co/wLTbijlNBz
— Empire of the Kop (@empireofthekop) December 8, 2022
FSG telah membeli Liverpool pada tahun 2010 lalu dengan nilai hanya £300 juta sahaja dan mereka kini sudah memberi tanggungjawab kepada Bank US, Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk mencari pemilik baru bagi kelab dari Merseyside itu.
Walaupun FSG telah menyatakan sendiri yang mereka mahu menjual Liverpool, namun mereka tetap mengakui yang mereka akan menerima rakan kongsi yang baharu andai ia bersesuaian dengan syarat dan situasi.
Ia bermaksud, FSG mungkin tidak akan menjual Liverpool andai mereka berjaya mendapatkan rakan kongsi yang baru untuk bersama-sama menjadi pemilik kelab.
Beberapa nama telah hangat dikaitkan dengan bakal membeli Liverpool dengan syarikat konsortium dari Eropah, syarikat gergasi dari Amerika Syarikat dan keluarga diraja dari negara Timur Tengah turut dikatakan sangat berminat untuk membeli Liverpool.
The Qatari Royal Family have ruled themselves out of purchasing Liverpool, according to reports.https://t.co/oj51yev5xK
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 9, 2022
Keluarga diraja Qatar merupakan antara calon kegemaran yang dikatakan akan melengkapkan pembelian Liverpool dari FSG.
Pendirian keluarga diraja Qatar berkait pembelian Liverpool
Terdapat terlalu banyak laporan yang mengaitkan keluarga diraja Qatar yang juga merupakan pemilik Paris Saint Germain (PSG) itu bakal membeli Liverpool dari FSG.
Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari ESPN, keluarga diraja Qatar yang diketuai oleh Sheikh Jooan Al Thani pada ketika ini langsung tidak bercadang untuk membeli Liverpool.
🔔 | Fresh report outlines Qatari Royal Family's Liverpool takeover stance https://t.co/DXH5HYmaRw
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) December 9, 2022
Sheikh Tamim bin Hamas Al Thani, merupakan pemilik PSG selepas beliau membeli kelab tersebut menggunakan dana dari Qatar Sports Investment (QSI).
Laporan sama turut menyatakan yang QSI kini akan memberi tumpuan mereka kepada PSG sahaja dan menurut peraturan UEFA, dua kelab yang beraksi dalam saingan Champions League tidak dibenarkan dimiliki oleh pemilik yang sama baik secara langsung mahupun tak langsung.
QSI telah membeli PSG dengan nilai €50 juta dan sejak diambil alih oleh mereka, gergasi Ligue 1 itu kini telah menjadi antara pasukan yang paling digeruni dalam dunia bola sepak.
Report Reveals Qatari Royal Family Has No Interest in Buying Premier League Club https://t.co/GpDhd6L9Gl
— PSG Talk (@PSGTalk) December 9, 2022
PSG juga pada ketika ini dinilaikan dengan nilai €4 billion dan ia jauh dari nilai asal mereka ketika dibeli oleh QSI.