Manchester United berhadapan dengan krisis kecederaan yang agak kritikal. Ketika artikel ini diterbitkan, mereka kini sedang meratapi 9 pemain dalam skuad utama yang cedera.
🔴 @ManUtd’s Injury List:
🚑 Marcus Rashford
🚑 Jesse Lingard
🚑 Anthony Martial
🚑 Juan Mata
🚑 Ander Herrera
🚑 Nemanja Matic
🚑 Phil Jones
🚑 Antonio Valencia
🚑 Matteo Darmian😳 2 players from a full Starting XI. pic.twitter.com/oelClvtW2V
— SPORF (@Sporf) February 26, 2019
Lantas, kami tertanya-tanya, adakah pendekatan Ole Gunnar Solskjaer membuatkan skuad Man. United menderita?
Antara pemain penting yang cedera termasuk Juan Mata, Jese Lingard, Marcus Rashford, Nemanja Matic, Phil Jones, Antonio Valencia, Anthony Martial dan Matteo Darmian.
Ada apa dengan pendekatan Solskjaer?
Ini diakui oleh beliau sendiri. Solskjaer tidak menafikan perubahan intensiti dalam permainan merupakan salah satu punca kecederaan dalam skuad Man. United bertambah.
Sebagai perbandingan, jumlah jarak liputan (distance coverage) di bawah kendalian Solskjaer menurun daripada 108.1km per perlawanan kepada 107.7km per perlawanan berbanding dengan era Mourinho.
Namun kenapa pemain Man. United bergelut dengan intensiti? Jawapannya adalah kerana pecutan yang dilakukan oleh pemain. Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, purata pecutan yang dilakukan para pemain Man. United meningkat mendadak daripada 98.6 per perlawanan kepada 108.6 per perlawanan.
Ianya peningkatan yang sangat besar. Penyokong Man United sendiri kerap melabel Man. United di bawah Jose Mourinho bermain ‘boring football’. Dan kini mereka berubah daripada ‘boring football’ kepada ‘high intensity football’.
Sejak mengambil alih daripada Jose Mourinho, taktikal Manchester United lebih intensif dan bergerak dalam unit. Daripada sistem yang lebih rigid serta agak defensif, mereka menjadi pasukan yang lebih ofensif.
Solskjaer dalam sidang media beliau menjawab sama ada intensiti permainan membuatkan para pemain Man. United merasai impak kecederaan. Beliau menjawab: “Kemungkinan ianya ada kaitan, ya.”
Ditanya sama ada beliau tidak takut dengan impak yang lebih teruk. Beliau menganggap kecederaan sebagai sebahagian daripada bola sepak. Oleh sebab itu anda memiliki 25 pemain dalam pasukan utama.
"It's part of football." 🤷♂
Ole Gunnar Solskjaer isn't using @ManUtd's injury crisis as an excuse ahead of tonight's match with @CPFC. 🦅
Follow all of tonight's Premier League clashes and watch in-game clips here: https://t.co/WGpKx9wTzO pic.twitter.com/LQLD0z1ZL2
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 27, 2019
Ini juga merupakan peluang untuk pemain lain beraksi di dalam padang dan menunjukkan kemampuan mereka.
Solskjaer to put trust in youth amid @ManUtd injury crisis…https://t.co/2zdewcOCcD pic.twitter.com/37rlfr3WOx
— ITV Football (@itvfootball) February 26, 2019
Beliau juga menjawab kenapa beliau tidak teragak-agak untuk memulakan pendekatan drastik di Manchester United.
Solskjaer menjelaskan: “Bila lagi kamu mahu melakukan perubahan? Tunggu sehingga pra-musim akan datang? Dan kamu rasa kami boleh mendapatkan keputusan yang baik jika tidak mengarahkan pemain berlari.”
Solskjaer berkata, beliau terpaksa mengubah rutin latihan dan cara Man. United bermain. Daripada corak permainan yang lebih tenang kepada agresif. Oleh kerana para pemain Man. United sudah terbiasa dengan cara taktikal yang kurang pecutan, otot mereka ‘terkejut’ dengan tuntutan intensiti yang tinggi secara mengejut/tiba-tiba.
Anda pasti pernah tertanya-tanya, kenapa pemain seperti Bernardo Silva yang kerap dibentes lawan, sukar untuk cedera, namun pemain seperti Martial terlalu senang untuk cedera dengan impak yang sama. Bukan bermaksud mereka tidak boleh cedera.
Lihat Aubameyang dan rakan-rakannya mencungap di sini pada sesi pertama pra musim bersama Unai Emery, kerana Unai meningkatkan intensiti mengejut dalam latihan Arsenal.
Namun jika dilihat kepada rekod kecederaan pasukan yang bermain secara intensif seperti Man. City, Liverpool serta Spurs, mereka tidaklah seteruk Man. United rekod kecederaan mereka, walaupun kecederaan itu ada.
Namun Solskjaer mahu perubahan itu dilakukan segera kerana, lama-kelamaan fizikal pemain akan biasa dengannya. Jika tidak melakukannya sekarang, nanti pun mereka kena lakukannya. Lebih baik bermula sekarang.
Solskjaer berkata: “Adakah lebih baik kami bermula sekarang? Tunjukkan pemain tentang tuntutan intensiti yang kami perlukan serta cara yang kami mahukan untuk bermain di atas padang.”
“Kamu sudah melihat apa yang saya sudah pilih. Kami perlu bermain sebagai satu pasukan Manchester United. Jika kamu mahu menjadi sebahagian daripada Man. United, ianya memerlukan kamu menjadi survival dalam aspek kecergasan. Bukankah begitu?”
Bekas jurulatih kecergasa Wales dan Bayern Munich, Raymond Verheijen juga setuju dengan intensiti yang mendadak dalam corak latihan dan permainan Man. United menyumbang kepada risiko kecederaan ini.
Ole Gunnar Solskjaer says the increased workload he is demanding of Manchester United's players is partly responsible for the recent spate of injuries (Source: BBCSport).
Place your bets on https://t.co/mgVnKmleWH#Merrybet #whereChampionsplay pic.twitter.com/fPXQ4A53O2
— Merrybet (@merrybetsports) February 27, 2019
Raymond juga menyokong satu hujah kajian yang dilakukan oleh pegawai di Southampton FC yang menyatakan: “Pembentukan beban latihan yang tinggi akan membantu mengurangkan risiko kecederaan.”
“Namun beban latihan yang meningkat secara mendadak akan meningkatkan risiko kecederaan. Terdapat kenaikan mendadak dalam sesi latihan Man. United seperti yang mereka lakukan Dubai. Ianya boleh meningkatkan risiko kecederaan 5-7 kali.”
Scientists have found confirmation for one of the principles of football periodisation:
gradual build-up of chronic training load reduces injury risk.
A sudden spike in training load like with Man United in their Dubai camp increases injury risk 5-7 times.https://t.co/ytW9ndneYG pic.twitter.com/bM41EnmBoP— Raymond Verheijen (@raymondverheije) February 25, 2019
Berdasarkan kenyataan Solskjaer ini, beliau kelihatan mengambil pendekatan yang agresif untuk mengerah para pemain Man. United agar kompetitif dengan pasukan elit yang lain.
Mungkin bagi pemain dalam pasukan lain yang sudah terbiasa dengan latihan intensif, mereka tidak akan terkesan teruk dengan latihan yang diperkenalkan oleh Solskjaer. Tetapi untuk skuad yang kurang larian sebelum ini seperti Man. United, para pemain mereka sangat terkesan.
Solskjaer percaya, para pemain United seharusnya dibiasakan dengan intensiti yang tinggi supaya mereka berada dalam prestasi optimum.
Solskjaer juga menekankan, untuk berada di Man. United anda perlu menjadi seorang survivor terutama sekali dalam aspek kecergasan. Jika anda tidak tahan dengan latihan berintensiti tinggi, mungkin anda patut angkat kaki daripada kelab seperti Man. United.
Beliau tidak terang-terangan menyebut fizikal para pemain Man. United terlalu dimanjakan dengan latihan yang kurang intensif. Ini mungkin kerana taktikal Mourinho sebelum ini lebih menekankan aspek disiplin dalam formasi dan tidak terlalu ofensif.
Sementara dalam era Solskjaer para pemain diarahkan banyak berlari dan berada di kawasan lawan.
Bak kata orang tau; “Alah bisa, tegal biasa”.