Pendedahan CEO Shakhtar Donetsk Beri Gambaran Yang Mudryk Bukanlah Dungu

CEO Shakhtar Donetsk, Serhiy Palkin mendedahkan yang beliau sebenarnya sudah memberi amaran terlebih dahulu kepada Chelsea berkait Mykhailo Mudryk sebelum kelab dari London itu sah menandatangani pemain tersebut.

Bintang berusia 22 tahun itu telah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Chelsea dengan yuran bernilai £61 juta pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Beliau walau bagaimanapun gagal untuk mendapatkan persembahan terbaiknya bersama kelab Inggeris itu dan peminat juga sudah mula meragui kemampuan bintang Ukraine itu.

Dari sembilan penampilan bersama The Blues, Mudryk hanya mampu mencatatkan satu assist sahaja dan beliau masih gagal untuk menjaringkan gol pertamanya.

Mudryk juga turut sering mempamerkan aksi persembahan yang mengecewakan dengan peminat bahkan turut sempat menganggap beliau sebagai pemain paling dungu dalam skuad Chelsea pada ketika ini.

Dan memandangkan skuad Chelsea pada ketika ini sememangnya sedang bermasalah, maka lebih sulit sebenarnya untuk Mudryk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.

Chelsea baru-baru ini telah memecat pengurus mereka, Graham Potter dengan perlawanan terakhir bekas pengurus Brighton itu bersama kelab adalah aksi kekalahan 2-0 mereka di tangan Aston Villa.

The Blues kemudiannya mengumumkan nama legenda kelab, Frank Lampard sebagai pengurus interim terbaru mereka sebelum mereka mendapatkan pengurus tetap yang baharu.

Namun begitu, kehadiran Lampard disambut dengan kekalahan 1-0 mereka di tangan Wolves malam semalam dan jelas sekali ia satu tamparan yang hebat untuk legenda kelab itu.

Mudryk turut diturunkan dalam perlawanan pertama yang dikendalikan oleh Lampard, namun beliau tidak bermain 90 minit penuh dalam perlawanan tersebut.

Walau hanya dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, namun aksi Mudryk dalam perlawanan tersebut tetap menjadi bualan peminat dan tentu saja ramai yang tidak berpuas hati dengan persembahan beliau.

Namun begitu, pendedahan dari CEO Shakhtar Donetsk, Serhiy Palkin sebenarnya sedikit sebanyak boleh memujuk hati penyokong Chelsea yang sedang benar-benar kecewa dengan Mudryk.

CEO Shakhtar Donetsk itu mendedahkan yang Mudryk sememangnya seorang pemain yang sangat bagus namun beliau memerlukan masa untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.

Bercakap kepada Sky Sports, Serhiy Palkin mendedahkan bahawa:

“Seminggu lalu di England, saya bertemu Mykhailo Mudryk dan dia sangat gembira.”

Jelas Serhiy Palkin sebelum mendedahkan yang beliau sudah memberi amaran terlebih dahulu kepada Chelsea tentang bintang muda itu.

“Dia suka dengan segala hal yang sedang berlaku di sana, dia mahu bekerja lebih keras, dia mahu tunjukkan yang terbaik.”

“Saya dah cakap dari awal, saya bercakap dengan pemilik Chelsea, dan saya beritahu mereka yang mereka sebenarnya sudah berjaya mendapatkan permata yang sebenar, cuma mereka perlu untuk sangat, sangat bersabar.”

“Berikan dia masa dan dia akan buktikan yang dia boleh beri sesuatu kepada kelab.”

https://twitter.com/topcrnr/status/1644425865931943949?s=20

“Saya tahu 100 peratus yang dia akan bantu Chelsea menang banyak Piala di masa hadapan. Dia seorang pemain yang sangat, sangat unik. Seorang pemain yang sangat unik dan mempunyai karakter serta kemampuan taknikal yang sungguh menakjubkan.”

“Saya sudah berada di sini (Shakhtar Donetsk) selama 20 tahun. Saya dah lihat ramai pemain. Tapi yang seorang ini, dari sudut pandangan profesional dan bagaimana hebatnya kerja keras dia, saya tak pernah nampak pemain seperti itu.”

Kenyataan dari CEO Shakhtar Donetsk jelas sekali memberi gambaran yang Mudryk bukanlah dungu, tetapi beliau hanya belum mendapatkan rentak persembahan terbaiknya sahaja.

Beliau memerlukan masa untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan membuktikan yang nilai Chelsea bayar untuk mendapatkan khidmatnya akan sangat berbaloi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN