Nampaknya, ianya semakin samar untuk menyaksikan sinar mentari di penghujung langit gelap.
Pihak polis di Britain telah pun menamatkan pencarian pesawat yang membawa pemain baharu Cardiff City iaitu Emiliano Sala.
Menurut laman BBC News, usaha pencarian pesawat yang membawa Sala dan juga juruterbang David Ibbotson itu telah pun ditamatkan selepas 3 hari pencarian diadakan.
Pencarian dilakukan di kawasan Selat Inggeris.
Menurut pihak Guernsey Police yang mengetuai proses mencari dan menyelamat pemain bola sepak itu, usaha pencarian itu telah pun ditamatkan.
“Kami telah menilai semula semua maklumat yang kami ada, dan telah mengetahui segala peralatan kecemasan yang sedia ada maka dengan dukacitanya kami mengumumkan proses pencarian telah berakhir.”
“Kami sedar keputusan ini sukar untuk diterima oleh pihak keluarga Emiliano Sala dan kami faham.”
“Akan tetapi, kami yakin itu sajalah yang terdaya dari pihak kami dan kami tidak mampu untuk melakukannya lebih lagi.”
Pihak keluarga Sala yang ditemui pihak media bagaimana pun masih lagi menyimpan harapan yang pemain itu boleh diselamatkan.
Mereka merayu agar usaha mencari dan menyelamat pemain termahal dalam sejarah Cardiff City itu diteruskan agar tidak mematikan terus peluang yang sudah cukup tipis itu.
“Pada kami, mereka masih lagi hidup. Cukup sukar untuk kami zahirkan perasan kami kerana semuanya cukup susah ketika ini.”