Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa kekal menerajui Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama empat tahun lagi selepas pencabarnya disahkan telah menarik diri daripada pencalonan jawatan presiden semalam.
Pencabarnya dari Qatar, Saoud Al Mohannadi mengambil keputusan untuk menarik diri daripada merebut jawatan itu sebaliknya menyatakan sokongan ke atas kepimpinan Sheikh Salman dari Bahrain itu.
Minggu lalu, seorang lagi pencabar, Mohammad Khalfan Al Romaithi juga menarik diri daripada merebut jawatan itu.
This morning, it has been reported by the ASEAN Football Federation (AFF) that Australia joined the other members in unanimous support of the candidacy of Sheikh Salman bin Ibrahim Al-Khalifa to remain as President of the Asian Football Confederation (AFC). Comments attached. pic.twitter.com/Jt9k5IUIOh
— Craig Foster (@Craig_Foster) March 18, 2019
Dengan keputusan itu, Sheikh Salman, yang mendakwa mendapat sokongan 40 daripada 47 anggota gabungan AFC, tidak akan dicabar pada Kongres AFC yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, Sabtu depan.
“Saya secara peribadi dan Persatuan Bolasepak Qatar, akan terus menyokong Sheikh Salman sebagai Presiden AFC,” kata Al Mohannadi menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman web rasmi Persatuan Bolasepak Qatar.
“Kami yakin sepenuhnya beliau akan membawa bola sepak Asia sebagai satu unit dalam semua perkara pada masa depan.”
https://twitter.com/changeFIFA/status/1111670624437616641
Pengunduran Al Mohannadi itu sudah dijangka susulan pengumuman sama dilakukan oleh Al Romaithi Khamis lalu.
Sheikh Salman akan kekal menerajui AFC hingga 2023 sejak menyandang jawatan pada 2013 menggantikan Mohammed bin Hammam yang diharamkan pembabitan dalam bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).